29 January, 2010

APA YANG DICARI..

Walau apapun keadaan kehidupan anda sekarang.. Jangan risau.. jangan sedih..jangan kecewa..jangan kesal dan jangan jangan jangan hehehehe.. Hidup harus diteruskan..perjuangan masih kena diselesaikan..ada orang yang dilahirkan semulajadi kaya..lahir ajer uwaaaaaaa uwaaa..memang dah mewah..takleh cakap apa..mewah hehehe ada gak yang so-so ajer..(teringat plakkat kawan sekolah aku nama dia So Chin Sim..kat mana dia ekk )..ada jugak yang memang miskin..kais pagi makan pagi kais petang pun tengokla kalau ada..ada jugak..jangan sangka kita yang macam ini antara yang paling miskin..takkk!!! ada lagi yang lagi lebih sukar kehidupannya..kena ingat tu..kita boleh berintenet camni..ada gak yang takder komputer..takder komputer tu satu hal lah..tapi yang takder elektrik tu...huhuhu..seram nak imagine...

Tak dinafikan pada satu tahap kehidupan, kita sering tidak puas hati dengan apa yang kita ada. Ini tidak bermakna kita tidak bersyukur dan mensyukuri ataas apa yang kita miliki.Tetapi ia lebih kepada keinginan untuk mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita..takkiralah..samada ingin kaya ( semua orang nak kaya..tapi ternyata kaya kelapa yang lebih senang diperolehi heheheh..bukan senang nak senang beb!! )..menambahkan kekayaan yang sedia ada.. kerjaya yang lebih baik..berjaya dalam pelajaran ataupun mempunyai kesihatan yang terbaik..apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga..macam-macam plan untuk memberi yang terbaik untuk keluarga..suami , isteri anak2 mak ayah atuk nenek...

Kadang umur dah lebih nie..barulah terpikir..barulah nampak akan realiti hidup ini..bagi aku usah malu memulakan sesuatu walaupun sudah berumur ( cam aku hehehe )..Cari ilmu sudah tentu itu wajib ..teruskan mencari..takkiralah illmu apa pun..ilmu alam..atau biasa panggil geografi hehehe.. ilmu hisab..atau sekarang matematik.. apa2 ilmulah..ilmu dunia..ilmu akhirat..harus seiring..supaya kekayaan yang kita cari nie sama banyak atau lebih untuk kekayaan kita di sana nanti..Ingat tu..peringat diri aku gak..!!!

Ambil langkah untuk memahami diri, ambil tindakan untuk mengubah hidup korang kepada tahap yang lebih baik dari hari semalam dang esok akan labih baik dari hari ini..dan seterusnyalah..takkan nak takat tu..ajer.. takkan hanya ditakuk yang lama..

Gagal atau berjaya..adalah atas keputusan yang kita buat. keanapa aku suka cakap camtu..sebabnya kita bertanggungjawab diatas segala kesusahan dan kesenangan kita..bukan mak ayah kita..bukan adik beradik atau sedaramara kita..kawan-kawan..bukan mak lijah..bukan mak temah..bukan pak ali tukang kebun sekolah..atau bukan ahmad atau maniam yang meniaga bantal kekabu kat depan umah tu.. bbukan sesiapa pun kecuali DIRI SENDIRI...

Januari,2010 bakal melabuhkan tirainya..habis sudah bulan Januari..tinggal lagi 11 bulan lah maknanya tu..so tanya dan lihat diri di tahap mana dah sepanjang 1 bulan 2010 ni.. Adakah masih seperti penghujung disember 2009 dulu..lebih teruk atau lebih baik..atau takder apa-apa pun jadi..huhhuu ( apa nak jadi lah kalau cam nie hehehee )..

Ingat anda dilahirkan untuk jadi insan yang hebat.. dari diciptakan-NYA pun kitalah yang hebat dari jutaan adik2 kita..betui tak.. so hebatkan kita nie...Subhanallah ciptaan DIA memang Hebat belaka..yang silapnya kita tak menjadikannya hebat..Jom mulakan sekarang.. Jadi lebih baik dari semalam dan berusaha untuk jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Jadi yang terhebat dikalangan yang terhebat..

# Nota kaki ciksue : Ramai yang suka berfikir dulu..baguih tu...fikir boleh fikir..jangan fikir lama2 lagak ahli fikir adanya..tapi kadang tak fikir apa pun cuma memberi alasan kepada diri sendiri yang tak berapa nak yakin dengan kemampuan sendiri.. Kita boleh berhenti untuk berfikir..tetapi sedarkah korang yang masa takkan berhenti untuk kita berfikir..terbelit lidah cakap heheheehe..so fikir2lah..yang mana terbaik..hanya kita dan DIA yang tahu..LU PIKIR LAH SENDIRI..Ewahhh!! can NABIL lak..muahahahaah

Wallahuaklam..

28 January, 2010

siapakah orang yang BAHAGIA..??

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk BERIBADAT kerana BERIBADAT itu adalah ibu kepada segala KETENANGAN JIWA..

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk BERAMAL kerana BERAMAL itu PANGKAL KEJAYAAN

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana MEMBACA itu SUMBER HIKMAH( #latihkan minat membaca sejak dari kecil..yg dah besau tu kena latih membaca bertubi2..)

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana BERFIKIR itu POKOK KEMAJUAN..(#gambor hanya illustrasi betapa dasatnya spesis tu berfikir kehkehkeh )

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk TERTAWA kerana TERTAWA itu MUZIKNYA JIWA.. ( #comelnya kucing nie..geram!! )

Orang yang BAHAGIA itu selalunya menyediakan waktu untuk BERSENDA kerana BERSENDA itu akan membuat MUDA SELAALU.. (hehehe yer kee emmm )


Nota kaki ciksue: Agak2 BAHAGIA tak korang???

27 January, 2010

citer pasal STRESS..huhuhuh.



( mengambil dari keratan majalah keluarga )
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yangmengalami stress itu terdiri daripada golongan yangbekerja..tapi tak bermakna golongan yang tak bekerja tak mengalamai stress..Stressnya mungkin berza-beza. Namun tak semualah yang menghadapi stress akan mengalamai kesan yang sama. Tindakbalas terhadap STRESS bergantung kepada personaliti individu itu sendiri..Emmm..( stress aku nak pikir benda nie huhuhu )

meh tengok TANDA-TANDA STRESS
Uii banyak bahagian2 STRESS boleh dibahagi rupanya. Iaitu Fizikal, Psikologi, Tingkah laku dan social..

TANDA FIZIKAL
[1] Mudah sakit kepala..
[2] Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh..emm
[3] Mudah berdebar2, sakit dado, sosak napeh cam iras2 sakit jantungla gitew..
[4] Kerap cirites (nama saintifik bagi cirit birit hehehe-aku yg bagila..suka2 aku bagi nama), kerap buang air dan mudah mendapat penyakit seperti Asma, sakit jantung (seram dengar), darah tinggi dan diabetes ..dengar nama penyakit2 nie ajer dah STRESS camna tu huhuhu..
[5] Penyakit Kulit dan Kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naiknya emosi... Penyakit Barah misalnya lebih cenderung mengalami STRESS..( haaa baca nie baru korang tau kaitan emosi pada diri dan STRESS )

TANDA PSIKOLOGI
[1] Hubungan antara suami isteri jiran2 dan rakan sekerja mudah sangat terjejas..
[2] Penyalah gunaan dan pengambilan dadah ( bahaya nie wey.. )
[3] Kemalangan..oo boleh jadi gak yer..rasa lebih kepada melanggar orang nie ..agak akulah..ater dah STRESS ( bahaya gak nie kengkawan..mintak simpang )
[4] Selalu ponteng kerja..( oo patutla dia selalu ponteng..STRESS rupanya hehehehe )
[5] Prestasi kerja dan produktiviti merosot..emm betui2
[6] Menghisap rokok secara berlebihan.. ( apalah kaitannya ngan STRESS..dapat penyakit lagi ada..STRESS aku ngan perokok2 nie huhuhu )
[7] malas dalam pelbagai aspek.. ( apa nak jadilah..aku pun STRESS gak nak tanya kat orang malas nie..)

KALAU STRESS JANGAN DOK DALAM KOTAK MACAM MINAH NIE!!! ( apa nak jadilah korang nie..meh kita cari cara bagaimana nak handle masalah STRESS yang tak abeh2 nie huhuhu ) antara yang disyorkan..

[1] SOKONGAN SOSIAL DARIPADA KELUARGA, RAKAN DAN JIRAN..
Penting ni..pasal apa aku kata penting..sebab orang2 diatas nilah yg berada disekitar kita dan of coz famililah yg rapat ngan kita..jaga perasaan masing2..jgn aci hentam ajer..orang tengah STRESS korang wat lagi STRESS.. tolong fahami..kalau kita STRESS camna.. orang tgh STRESS nie perlukan ketenangan.. jadi jangan buat huru hara.. mau kena langgar kang..hahahaha.. kalau rasa tengah berhadapan ngan orang STRESS bebawakla beredar..atau cakap ajer yg manis2..jgn dok tanya yg buat orang lagi STRESS..mengunkit itu ini ker..apa ker..memang menempah BAHAYA.. cuba kalau tak caya..hehehe

[2] MENGUBAH PERSEKITARAN, TINDAKBALAS DAN PERSEPSI..
Dalam keadaan STRESS seseorang itu mudah tersinggung dan terganggu..kadang benda sikit ajer dah jadi cam taufan..huhuhu..Wujudkan persekitaran yg selesa dan tenang..kalau rasa nak pegi pantai ke taman ke..pegi tempat2 yang tenang..tapi ada gak yg g sakan shopping hehehe STRESS nyer pasal.. amik ko zas sana zasssss sinik..ujung bulan STRESS nak bayor bil..aduhai..pilihla yg terbaik yer kengkawan..

[3] MENANAM TABIAT YANG DAPAT MENINGKAT RINTANGAN TERHADAP STRESS..
Amalkan cara hidup yang sihat, pemakanan pun kena jaga bagi seimbang. Mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja kita secara tenang.. Istigfar banyak2. Amalkan kemahiran komunikasi yang baik agar setiap pertuturan tidak mengundang masalah.

[4] AMBIL MASALAH YANG DIHADAPI SECARA POSITIP..
Semua manusia ada msalah. kecik besor sukar ajer bezanya. apa yang penting bagaimanakita menangani masalah..cari jalan penyelesaiannya..yang tak selesai2 nie yg jenuh tu..bertimbun2 haha..sekali keluar ambik ko..cam letusan lahar gunung berapi..bahaya memang bahaya..pikir positip.. anggap bahawa segala musibah atau masalah yang kita hadapai tu satu dugaan Tuhan untuk menghapus dosa2 kecik kita..Muhasabah diri, kaji dimana silapnya..Di sinilah nanti menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.. Mungkin kesedihan dan kesusahan yag kita hadapi didunia ini adalah kegembiraan kita di akhirat..

[5] MELUAHKAN PERASAAN DAN BERKONGSI MASALAH..
Luah la kawan2 perasaan anda dengan cara yang terbaik segala perasaan yang terbuku yang ada dalam benak pikiran kita. Wujudkan komunikasi terbuka dan mesraa alam dimana setiap ahli keluarga atau kawan2 kita mestilah bekerjasama untuk meneriama segala luahan perasaan dan juga mungkin memberi pendapat atau cadangan apa yang perlu dilakukan untuk membantu menyelesaikan atau melegakan STRESS tu...Kita bercakap..kita bercerita..tak buat macam ni sapa yang dok tau..jangan harap orang akan tau segala2nya secara sendirinya..Ingat tu..Sesapa ada msalah leh citer kat aku..Aku nie pendengar yang baik tau!! TRY ME..

[6] MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENGHILANGKAN STRESS..
Asyik kerja ajer..cuba plak berpesatuan atau cuba2 bergaul dan bercampur dengan masyarakat..buatlah aktiviti sihat cam jungle tracking ke..layan pesbok pun leh gak..suker..hehehe.. buat ajerla sesuatu yg kita suka..buat karipap ker..cokkeria ker..wat kek ker..bab2 kek nie aku suka lagi2 kek ceklat.. mesti ilang STRESS kita tu..lari sekejap dari benda2 yg leh buat kita STRESS..tapi seimbangkan la juga dengan rutin harian kita..jangan asyik nak lari ajer..larilah sekali sekala.. apa2 pun masalah yang buat kita STRESS tu kena diatasi gak..Ingat tu..Jangan sekali2 lari dari masalah..

# Nota kaki ciksue : Perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammamad s.a.w dan keluarganya. tak perlu keluar modal pun..bila2 boleh buat..even tgh menaip nie..cubalah buat..tentu korang akan suka impak dia..

26 January, 2010

D-Gnius / E-Gnius..














D~Gnius - untuk bayi hingga kanak-kanak berusia 13 tahun
E~Gnius - untuk 13 tahun ke atas, sesuai utk pelajar, pekerja dan warga tua.

Adakah anda atau anak anda mengalami masalah kebuntuan fikiran, lembab berfikir, pasif, sukar menghafal, emosi terganggu, pelupa, pemalas, tidak kreatif dan stress?

Jika ini berlaku, tentunya prestasi pembelajaran anda dan anak anda akan terganggu. Situasi ini bukanlah sesuatu yang semulajadi dan muktamad. Otak manusia mengandungi 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak (neuron) yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan digantikan dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru.

Dari kajian, zat kalium posfat dan magnesium fosmat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak. Faktor pemakanan menyumbang hampir 100% kepada kecemerlangan atau kemerosotan prestasi minda.

D~G’nius dan E~G’nius adalah jawapannya. D~G’nius dan E~G’nius adalah makanan berfungsi yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak dan membangunkan sel-sel otak. Berasal dari negara Jerman dgn nama Brain Tonic. Penggunaan Brain Tonic sungguh popular di London sekitar tahun 1975. D~G’nius dan E~G’nius telah diujikaji oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat (Department of Health & Society Security) di England.

Keistimewaan D~G’nius Di Malaysia, tablet D~G’nius ditambah fungsinya. Secara asasnya diformulasi berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa serta gabungan garam tisu. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan tubuh seperti dadah, steriod dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan apabila diambil secara berpanjangan. Ini bermakna ia selamat digunakan walaupun diambil secara berlebihan. Media yang berasaskan susu kambing/susu unta yang digunakan amat berkesan untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan fungsi hati dan pembinaan sel-sel darah. Gabungan garam2 tisu yang terdapat di dalam D~G’nius amat berkesan untuk meningkatkan fungsi sel otak, seterusnya meningkatkan proses pengawalaturan Central Nerve System. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun dan tenaga seks bagi orang dewasa. Penggunaan garam2 tisu ini juga amat penting bagi ibu-ibu yang lepas bersalin dan mereka yang telah menjalani pembedahan. Juga amat baik bagi ibu-ibu yang mengalami alahan semasa mengandung/morning sickness.

Kaedah menggunakan D~G’nius secara kunyah atau hisap memberikan kesan segera kepada organ sasaran. Ini kerana proses tersebut menyebabkan ia dapat diserap oleh sel-sel saraf di bawah lidah dan dihantar terus ke saraf-saraf yang lain.

Bertepatan dengan namanya, penggunaan D~G’nius didapati sungguh berkesan di dalam meningkatkan sistem minda anak2 dan pertumbuhannya seperti berikut:

* Mencerdaskan minda
* Menguatkan daya ingatan
* Menambah daya kreativiti
* Menambah daya tenaga mental
* Mewujudkan ketenangan fikiran
* Mengatasi masalah stress
* Mengatasi masalah hiperaktif
* Membantu pertumbuhan prima
* Mengatasi masalah bertutur/berjalan
* Meningkatkan selera makan
* Masalah telinga berbunyi
* Batuk dan demam
* Meningkatkan sistem immunisasi tubuh

Cara Pengambilan :
* 1 tablet dikunyah@dihisap@dilarutkan sudu -
2 atau 3 kali sehari untuk 1 tahun ke bawah

* 2 tablet D~G’nius dikunyah@dihisap
- 2 atau 3 kali sehari untuk 1 tahun ke atas (kanak2 atau dewasa)


Harga:
D~G’nius - RM39.50(WM) - 80 tablet
E~G’nius - RM48.00(WM) - 90 tablet

RED GUARA CAFE (RGC)..

"DCL RED GUARA CAFE" - Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 3 bahan mewah utama yang terdiri daripada ekstrak Guarana,Ubi bit merah dan Yis Beras Merah.Diperkayakan dengan Kopi Arabica dan krimer berasakan soya untuk perisa hebat dan pelbagai nilai perubatan seperti:


*Membekal tenaga segera untuk badan
*Mengenyangkan dan sesuai untuk proses penurunan berat badan
*Tahan lapar dan sesuai untuk orang yang berpuasa
*Membantu mengatasi masalah kolestrol
*Membantu masalah athma dan pernafasan
*Menatasi masalah kelesuan
*Membantu menstabilkan hormon
*Membantu menambahkan tenaga lelaki


1. GUARANA (Paullina cupana)

Guarana, di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok berasal dari Amazon Brazil. Dirujuk sebagai mata oleh dongeng oleh kaum Guaranis.

KANDUNGAN BAHAN UTAMA:
Nilai perubatan:
* Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofillina dan Xantina

Nilai pemakanan:
* Asid Amino: Leusina, Lisina, Tirosina Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik, Isoleusina, Arginina dan Glisina
* Mineral (Galian): Kalium, Fosforus, Kalsium, Zat Besi dan Zink
* Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musil etrametilxantina)
* Teofillina (1,3 - dimetilxantina)
* Teofillina (3,7 - dimetilxantina)

Lain-lain bahan:
* Sapinin
* Tannin - Astringent
* Minyak asli

BAGAIMANA GUARANA MEMBANTU:
1. Meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan)
* Saluran pernafasan iaitu bronkiol akan mengembang
* Lebih banyak oksigen dibawa masuk
* Lebih oksigen untuk sel-sel badan

2. Menambah kebolehan mendapatkan tenaga:
* Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati
* Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan
* Tenaga untuk sel bertambah
* Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan/dibaki
* Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
* Berguna semasa puasa untuk menahan lapar

3. Meningkatkan kesan hormon:
* Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp (Pengantara maklumat ke-2) kepada 5 Amp
* Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon
* Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.

APA FUNGSI-FUNGSI GUARANA:
* Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
* Membekalkan tenaga berpanjangan
* Mengatasi dan membantu pencernaan (Diarrhea)
* Penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan)
* Neuralgia (Sakir urat/saraf) dan kesakitan ringan
* Memudahkan pernafasan (Boleh membantu asma)
* Sindrom sebelum datang bulan (PMS)
* Menguatkan otot jantung
* Mengurangkan atau menghilangkan demam
* Mencegah jangkitan
* Membuang air berlebihan
* Membantu sakit kepala dan migrain
* Membantu mencairkan darah
* Anti oksida

2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Betavulgaris)

Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang cina dan eropah dalam pemakanan harian untuk membekalkan tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.
* Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
* Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
* Pigmen merah dlam bit didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser
* Mengadungi komponen "Betaine" yang sangat berkesan membantu fungsi hati
* Asid nukleik dari bit menyubut dan membantu separasi sel
* Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
* Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
* Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
* Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan
* Peransang dan pembersih ginjal
* Membantu merawat migrain
* Buang toksik

3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)

Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Beras merah adalah hasil "fermentasi" sejenis Yis Monascus purpurues yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.

Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana:
* Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolestrol. Bagus untuk menurunkan berat badan
* Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (Trigliserida)
* Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan "statin" di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol)
* Melembutkan saluran darah yang keras
* Membantu proses penghadaman yang sempurna
* Sakit perut

CARA PENGAMBILAN:

Tuangkan satu paket RED GUARA CAFE ke dalam secawan air panas (159ml-180ml), kacau dan hidangkan.

Pek Aluminium (18sch)
Harga : RM22.00(WM) / RM24.50(EM)

# Nota kaki ciksue: Walaupun tergeliat nak menyebut kandungan-kandungan dalam RGC nie..yang pasti RGC adalah kopi abad ini.."PASTINYA BERBEZA". Cuba baru korang tau..

ALHAMDULLILLAH..24/01/10

..Pejam celik celik pejam celik pejamsemalam besday aku yg ke 35tahun..awai2 lagi dah tambah umur..tula pasal masa dulu taknak keluar bulan 12 hehehe..ini dah janjiNYA kita takleh nak cakap apalah..laama dah sgt tak sambut besday..sejak berkawen nie sambut setakat beli kek secret yg sedap tu..sedap2 gak tapi mahal giler..tak kisahla janji pueh hati dari aku terus beli kek yg tah apa2 tah.. ( jgn tiru cam aku nie ..tak senonoh ajer ) syukurlah dari takder kek… itupun ikut gak, wat plak zaman yg semakin merosot ekonominya, ni tak kisahla cup kek yg jual 50sen 1 tu pun oklah beb..sesuailah ngan budget..masa bujang dlu lehla celebrate ngan kengkawan..tapi bukanla happening sgt sebab kawan pun tak ramai..tak ramai?? pening2.. Rasa cam takder ajer masa tu huhuhu.. kadang tak sedar pun besday sendiri lagi haru.. 2010 ni 35tahun dah weyy!!!
Photobucket tu satu kejayaan..dah 35 tahun tu..panjang lagi umur dan diberi kesihatan yg baik..rezeki sentiasa ada.. Alhamdullillah...dan akan terus mencari sebabnya ALLAH
tak akan bagi rejeki golek2 gitu .. kalau golek2 duit datang kat aku pun takut..mau terkejut..or mungkin tak bernafas dah hehehe..wat seram ajer..
Tahun nie apa yang aku harapkan aku dapat capai impian aku..Harap kawan2 semua mendoakan kejayaan aku. Impian sebelum2 nie tak tercapai ker?
Mostly tak kesampaian..rasanya baru tahun nie ajer ada impian yg lain macam semangatnye.. its oklah manusia leh berubah..tak kan tahap tu ajer.. dulu jahat..jadi baik..sekarang dah baik jadi lagi baik dan lagi baik dan lagi dan lagi dan lagi… janji apa2 pun mesti ingat DIA..
Kalau kita sentiasa ingat DIA..
dunia dan akhirat kita akan selamat dan dibawah lindunganNYA.
Confirm!!!

PREMIUM BEAUTIFUL

IMPIAN SETIAP WANITA : REVOLUSI PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN - membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :

* Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

* Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

* Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

* Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.




Fungsi: COLI PANJANG
1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.

2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.

3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.

4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.

6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.

7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.

8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.



Fungsi: SELUAR DALAM PANJANG

1. 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
2.Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
3.Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
4.Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.
5.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.
6.Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.
7.Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
8.Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
9.Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


Fungsi:BENGKUNG PINGGANG

1.Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.

2.Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.

3.Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4.Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

5.Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.

Harga : RM2,400.00
# Tengok harga STRESS dibuatnya kan..takyah STRESS ada cara untuk dapatkan produk HEBAT ini melalui ansuran mudah. Wahh!! cam courtmemot plak hehehe. Hanya untuk mereka di KL sahaja. Harap maklum.