21 May, 2010

YANG TIDAK MERDEKA JIWANYA..

Erti merdeka bagi sesebuah negara ialah bebas dari penjajah. Tetapi bagi seseorang manusia, tiada ertinya jika jasadnya merdeka sedangkan hati atau jiwanya masih lagi terbelenggu. Banyak perkara yang membuatkan seseorang terbelenggu jiwanya. Antara golongan yang digariskan ialah...

1. Golongan yang menjadi hamba kepada HAWA NAFSU.
2. Golongan yang menjadi hamba kepada MATERIAL atau KEBENDAAN.
3. Golongan yang menjadi hamba kepada ARAK dan DADAH.
4. Golongan yang menjadi hamba kepada jua bentuk PERJUDIAN.
5. Golongan yang menjadi hamba kepada apa jua jenis MAKSIAT.
6. Golongan yang menjadi hamba DUNIAWI dan membelakangkan UKHRAWI.

20 May, 2010

DENDAM TERLERAI..

Hari ini aku mesti follow diorang tu pergi. Aku memang dah lama perhatikan mereka berdua tu. Aku tengok hubungan mereka itu makin lama semakin rapat. Heh! Guru Disiplin konon!! Guru Disiplin apa macam tu kalau tiap-tiap hari bawak anak murid dia yang sorang tu naik kereta dia. Kalau murid lain tu aku tak kisahla sangat. Nak ajak naik kereta ke, tolak kereta ke, peduli apa aku!! Tapi yang dia selalu bawak awek aku ni apahal!! Diulang lagi awek aku la oiiiiiiii.. Awek aku!!( Diulang 100kali )

Aku hidupkan enjin motor dan terus follow kereta Proton Wira berwarna biru muda itu.. Dan akhirnya kereta yang Cikgu Kadir ( Guru Disiplin aku tu ) pandu tu berhenti kat sebuah shopping complex. Cikgu Kadir dan Arni ( nama awek aku tu ) melangkah turun dari kereta. Hishh!! Geram je aku tengok cikgu aku ni. Aku pun apa lagi..follow diaorang masuk shopping complex tu ala-ala filem James Bond..hahaha

Aku tengok Cikgu Kadir dan Arni sama-sama masuk ke kedai menjual pakaian. Hati aku dah panas semacam ajer. Kali ni aku tak kira, apa nak jadi jadilah. Kalau Cikgu Kadir boleh langgar disiplin, aku pun boleh jugak. Aku tak kira!!
"Cikgu!!!"
Ternyata Cikgu Kadir dan Arni betul-betul terkejut dengan kemunculan aku yang secara tiba-tiba ni.
"Hah, awak ..apahal?!" Tanya Cikgu Kadir yang aku tengok macam tak puas hati dengan cara aku tegur dia tadi.
"Apahal cikgu kata? Cikgu! Cikgu tau tak apa yang cikgu dah buat nie? Cikgu mesti ingat, cikgu tu Guru Disiplin." Aku pun tak tahu macammana aku boleh berani cakap macam tu.. Mungkin sebab terlalu marah kot!

"Apa yang awak merepekkan nie, hah?!" Nampaknya Cikgu Kadir dah start naik angin. Ahhh.. naik angin ker..naik bas ker..naik lori ker.. aku peduli apa!! Aku pandang Arni. Ternyata dia merasa kurang senang dengan kehadiran aku.
"Merepek cikgu kata! Cikgu kan tahu Arni ni anak murid cikgu, dah tu cikgu ingat elok sangatla kalau tiap-tiap hari cikgu bawak Arni ni naik kereta cikgu tu. Cikgu tu Guru Disiplin, dah kahwin plak tu! Apa ni cikgu....."
PANGGGGGGGGG!! Tiba-tiba ajer Arni menghadiahkan sekeping pelempang kat pipi aku. Suasana menjadi bangang seketika. Arni lempang aku?? Awek aku lempang aku kerana cikgu ni?! Aku tak faham..Aku tak faham....
"Terima kasih sayang..." ucap aku pada Arni tanpa pedulikan Cikgu Kadir yang amat terperanjat dengan ungkapan sayang itu tadi. Aku lap darah kat bibir aku dengan lengan baju sekolah..dan terus berlalu sambil diiringi dengan lagu Akar dan Bumi ( yang aku nyanyi sendiri dalam hati ) huhuhuu..

Keesokannya, Arni tak datang sekolah. Aku tanya kat Faizal, jiran Arni yang juga merangkap Ketua Pengawas.. Apasal Arni tak datang sekolah.
"Entahlah.. Aku pun tak tahu. Apa yang pasti bapak dia nak jumpa dengan ngko sekarang jugak!" Kata Faizal.
"Hah, bapak dia?! Aku meminta kepastian.
"Yela.. bapak dia kan Cikgu Kadir tu.. Aku pun tak tahu apa sebab dia nak jumpa ngko!"
Hah?! Mampus aku! Cikgu Kadir tu bapak Arni?! Arni tu anak Cikgu Kadir?! Cikgu Kadir tu bapak Arni?!
Aku pitam lalu pengsan........

Hehehehehe...

Nota kaki ciksue: Buat semua akak-akak ku yang berkerjaya sebagai Guru belaka..kengkawan yang menjadi Guru juga, semua Guru-guruku..terutama yang mengajar di SRKJ & SMKJ, Sungai Sumun, Perak..Pensyarah-pensyarah kat ITM dulu ( ni kira guru gak ni walau nama lain ).. Terima Kasih dan sesungguhnya Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat.."SELAMAT HARI GURU"

TEKAD..

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu

Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita

Nota kaki ciksue: Buat semua SmartPartners - Jangan Berhenti dan jangan berputus asa.. Teruskan Perjuangan.. Dengan Usaha kita pasti akan berjaya !! Insyaallah..Dengan IzinNYA

LOGIN JE DAPAT WIT...

AMBOII Cik Kiah!! Lain macam ajer bunyik.. LOGIN ajer leh dapat duit? Pemurah sangatnyerla pihak pengelola yer..senang-senang ajer nak bagi duit..

HAHAHAHA NI INFO: yang FREE ;)

Jika korang daftar sekarang untuk jadi ahli percuma, korang akan dapat 50 sen selepas masuk LOGIN ke akaun korang.
Korang kena rajin masuk LOGIN untuk dapatkan 50 sen hari-hari...
Jangan malas-malas.. 50 sen x 30 hari = RM15 sebulan...banyak tukan RM15..
TAK RUGI apa-apa pun kalau mencubapun..Dahla free..suh login ajer untuk dapat wit pun korang taknak gak..Emmm..Kalau nak mencuba pun malas..
Apa nak jadilah korang ni, malas ajer yang korang suka huhuhu
Tu yang malas nak cakap apa-apa dah huhuhu..

Tiap hari berinternet, kan best sesambil tu dapat buat duit secara online ni kan.....tak susah mana pun..korang daftar yang semestinya Free ni.. peh tu tiap hari lepaih solat subuh ker atau bebila korang mula berinternet dalam seharitu korang jengukla kejap web Loginwang.com.. Ciksue tak dapat apa2..Korangla yang akan dapat wit tu.. Ciksue hanya sebarkan peluang nie aje..Jomlah..Daftar FREE jer ni..

Selamat mendaftar dan meLOGIN..Mari-mari mari..

LOGINJEDAPATWIT

14 May, 2010

TIPS : LAGI PASAL SAHABAT..

Kita sering mendengar pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa hubungan persahabatan yang dijalinkan dalam waktu yang singkat biasanya tidak mampu bertahan lama. Berikut ada beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan agar hubungan persahabatan yang baru terjalin dalam masa yang singkat itu, mampu bertahan untuk selamanya. Insyaallah

1. Polisi Kejujuran.
Kejujuran adalah polisi terbaik yang harus dimiliki dalam hubungan persahabatan. Ketika mencurahkan perasaan korang, saling berbual ringan dengan sahabat, tonjolkan kesungguhan korang terhadap sahabat.

2. Menghargai.
Terapkan sikap menghargai dan gemar menilai secara positif terhadap apa jua yang kamu miliki melalui cara ini, kamu akan belajar mengenal pendekatan terbaik untuk menghargai dan menyanjungai orang lain, khususnya sahabat korang.

3. Memahami.
Cuba untuk memahami dan peka terhadap keadaan orang lain. Fahami keperibadian sahabat baru itu dan beri ruang kesempatan untuk korang dan sahabat korang saling mengenali antara satu sama yang lain.

4. Bertolak-ansur.
Jangan berkira dengan sahabat. Saling berkongsi masalah bersama-sama dan jangan mementingkan diri.

5. Saling belajar.
Selongkar pelbagai bahan bual bicara dengan sahabat baru. Anggap si sahabat sebagai individu yang memiliki pelbagai minat. Dengan cara ini, si sahabat pasti tambah bersemmangat berkawan dengan korang.


PETUA SAHABAT : " Di saat kamu kesal dengan sikap sahabat kamu, jangan hanya kamu mengingati sifat buruknya sahaja, sebaliknya jadikanlah perkara itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikan hubungan persahabatan kamu menjadi semakin erat. Insyaallah."



Nota kaki ciksue: Suka berkawan dan dapat ramai kawan..tapi tak pasti kawan tu suka ker berkawan ngan ciksue..Emmm?

13 May, 2010

Apa itu ISTIDRAJ?

Tengah kepla dok asyik memikirkan tentang hal ini, masuk pulak email tentang isu yang sama difikirkan..so meh kita share..Malas nak taip aku copy paste ajerla yer..Im sorik..
( Mengambil petikan dari email.. )

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak lan gkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bu lan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke lan git bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lan tas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke ja lan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

07 May, 2010

TIPS : TINDAKAN SPONTAN ELAK PENCABULAN..

Takde perempuan yang mahu dirinya dicabul atau diperkosa. Bahkan perempuan gila pun tak rela. Sekiranya kita tak boleh nak mencegah lelaki dari jadi perogol, kita boleh lakukan sesuatu secara spontan sekiranya kita tidak panik semasa perkara itu hampir terjadi. Di bawah disediakan beberapa tindakan spontan yang mungkin leh diguna pakai..

1. Jika berkesempatan larilah..Larilah sekuat mungkin ke tempat yang selamat seperti ke balai polis ker, atau mungkin juga lari ke tempat public atau lari ke dalam rumah sesapa yang berhampiran..Takut jugak kalau terlari ke rumah si pencabul / perogol tu laks..huhu

2. Jika korang ada belajar seni mempertahankan diri, silat ker teakwando ker..karate ker..Ha masa inilah masa yang paling afdal korang gunakan tanpa was-was walaupun korang tak berapa yakin yang korang akan menang pun..

3. Teknik merayu, menangis dan meminta belas kasihan pun boleh diguna pakai. Biarlah menangis ker meraung yang over dan terlebih sudah pun takper..kalau2 ia mampu mendapat belas kasihan si pencabul / perogol..Tak salah untuk over dan terlebih raung..

4. Korang juga boleh mempersiapkan gigi korang yang korang gosok dengan ubat gigi Colgate ari2 tu, untuk menggigit ajer mana2 anggota badan yang berdekatan si pencabul @ perogol.. Pastikan gigitan tu mampu membuat mereka "lumpuh"..kalau berdarah2 atau tercedera teruk pun takper..sapa suh buat benda yang tak senonoh ni.. Rasakan..!! Pembalasannya.

5. Kalau rasa nak karate pun takut..Nak gigit pun gigi tak berapa nak cukup..Cubalah berusaha untuk mencucuk matanya dengan apa juga barang yang dapat korang capai..Guna jari pun boleh!!!

6. Ni satu lagi, jangan malu kerana suara sumbang untuk menjerit. Dalam masa itu keselamatan korang bergantung kepada kekuatan jeritan korang..Apa kira kalau pitching ke laut ke sumbang mambang ker..Jeritlah..Jerit sekuat hati..Moga2 dengan jeritan sumbang korang tu nanti ada orang2 yang berdekatan terdengar..takpun pencabul/perogol tu leh jadi pekak atau mungkin mati kena heart-attact.. Sapa tahu..

7. Kalau ke enam2 di atas tu rasa cam tak mampu jugak nak buat.. Gunalah akal fikiran korang untuk mencari helah dan jalan melepaskan diri..Kerana waktu itu korang ada diri korang ajer. Fikir sendirilah camna nak selamatkan diri.

# Nota kaki ciksue: Mohon kepadaNYA agar kita semua tidak berhadapan dengan pencabul/perogol/penjenayah yang memang memungkinkan kita berada di dalam keadaaan tidak selamat. Seandainya ditakdirkan terjadi juga dekat kita, moga kita diberi kekuatan olehNYA untuk menanganinya.

HARGAILAH JASA IBU..

Satu kisah seekor IBU kucing..

Ngiaunya panjang dan mendayu, seolah-olah merayu minta dibantu. Apabila ditunggu, baru dia senyap sambil berbaring lesu. Kita bergerak sedikit sahaja dari kotak, dia mengiau lagi, tidak mahu ditinggalkan walau seminit. Lama juga menanti. Sampai kena bergiliran menemani. Tidak kira siapa, asal ada seseorang di sisi. Sesekali dia mengiau perlahan, seolah-olah menahan kesakitan.

Jenuh menunggu, akhirnya nampaklah perutnya berombak-ombak, mungkin habis kekuatan diperah, segala otot dikerah, meneran sekuatn hati, sedaya kudratnya yang jelas lemah. Akhirnya tersembul sepasang kaki kenit. Hendak ditolong, bukan pandai sabgat. Takut nanti lain pula yang jadi. Tak tahu apa nak buat, tunggu sajalah. Rasa cemas pun ada, terutama ketika melihat kepala si comel masih tersekat. Tuhan Yang Maha Pengasih sahaja yang melindunginya. Akhirnya si kenit keluar seluruhnya dengan selamat. Ibu kucing terus menjilat-jilat. Mungkin sakitnya terus lenyap sebaik sahaja si comel tergolek kuyup sambil tercungap-cungap.

Seisi rumah mengerumuni, mahu menatap si comel yang seiras ibunya, kecuali ekor kontot berbanding ibunya yang berekor panjang. Hampir 20 minit kemudian, ibu kucing mengiau lagi. Oh ada seekor lagi rupanya, kali ini nampaknya lebih senang, tidak lagi songsang. Namun yang ini jelas terlalu kecil dan lemah, Segera ibu kucing menjilat bersih si bongsu sebelum membersihkan pula dirinya. Kemudian dia terbaring keletihan sambil si abang sudah pun mula merayap mencari makan meskipun matanya masih pejam.

Kerakusan si abang makan berlarutan, Nakal dan lasaknya pun berlebihan, sampai habis terbalik dan pecah pasu bunga, memanjat seperti lelabah. Namun si adik hayatnya tidak lama, memang ketara lemahnya sejak mula dulu.

Sungguh kagum melihat ibu kucing membelai manja, bermain mesra dan mendahulukan anaknya. Dibiarkan si anak berebut makanan, sambil dia menunggu sabar sebelum mengambil giliran. Memerhati kelahiran dua anak kucing itu dan kepayahan yang dilalui oleh si ibu, tidak kira manusia atau haiwan, sanggup mengharungi segala kepayahan dan kemungkinan demi anak di dalam kandungan. Sepanjang sembilan bulan 10 hari, ramai ibu menempuh pelbagai dugaan dan kesukaran selain sakit waktu melahirkan.

Seperti kata orang tua-tua, SAAT MELAHIRKAN UMPAMA MENYABUNG NYAWA. Patutla ibu begitu sayu hati dan pilu sekiranya anak tergamak menggores perasaannya, sama ada melalui perbuatan atau perkataan. KENANGILAH JASA DAN PENGORBANAN IBU.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG MENYINGGAH DI SINI


Buat mak ku Yg Mulia Raja Jemaah Raja Mansor yang sangatku sayang, walau dimanapun La berada, pasti La doakan mak sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan kehidupan, dimurahkan rezeki yang halal, dan semoga Allah sentiasa melindungi mak, dan hidup mak penuh rahmat dan keberkatan Nya. Maaf mak atas desakan hidup ini La tidak dapat selalu hadir disisi mak, hanya suara mak yang kerap didengar di telefon..LA SAYANG MAK!! SELAMAT HARI IBU MAK!! TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN LA.. Dan sekarang pun La daah ada anak sendiri iaitu cucu kesayang mak..( La sentiasa rindu nak peluk & cium pipi mak..!!)

Nota kaki ciksue: Mungkin mak aku tak dapat nak membaca apa yang aku taip kat sini..Jauh sekali nak ngadap komputer ni, kerana cam tak sesuai katanya..huhuhuh mungkin tak berapa reti dan takut nak berkomputer..

06 May, 2010

CERMIN MATAKU MEMANCOR-MANCOR...

hehehe..Ni petua untuk mereka yang berkaca mata....Kalau tak pakai spek mato tapi nak cuba petua nie jugak boleh..korang pi lah pinjam sesapa nyer cermin mata..boleh ..takder masalahhnyer..masalahnyer mungkin mereka tak bagi pinjam. Tapi buat yang pakai kanta lekap tu memang tak sesuaiii..Korang tabur bedak debu tu..tak kiralah bedak debu brand apa..semua brand diterima termasuklah brand holiday on ice ( heheh ada lagi ke bedak nie ) tabur pada cermin mata korang tu peh tu korang gosok2 menggunakan kain pembersih cermin mata.. Gosok-gosok dan terus menggosok sambil nyanyi lagu Kumpulan Spider sampaila sisa bedak tu abeh. Peh korang tengok sendirilah hasilnya..Makk aii memancor-mancor..

Selamat mencuba.