20 May, 2010

DENDAM TERLERAI..

Hari ini aku mesti follow diorang tu pergi. Aku memang dah lama perhatikan mereka berdua tu. Aku tengok hubungan mereka itu makin lama semakin rapat. Heh! Guru Disiplin konon!! Guru Disiplin apa macam tu kalau tiap-tiap hari bawak anak murid dia yang sorang tu naik kereta dia. Kalau murid lain tu aku tak kisahla sangat. Nak ajak naik kereta ke, tolak kereta ke, peduli apa aku!! Tapi yang dia selalu bawak awek aku ni apahal!! Diulang lagi awek aku la oiiiiiiii.. Awek aku!!( Diulang 100kali )

Aku hidupkan enjin motor dan terus follow kereta Proton Wira berwarna biru muda itu.. Dan akhirnya kereta yang Cikgu Kadir ( Guru Disiplin aku tu ) pandu tu berhenti kat sebuah shopping complex. Cikgu Kadir dan Arni ( nama awek aku tu ) melangkah turun dari kereta. Hishh!! Geram je aku tengok cikgu aku ni. Aku pun apa lagi..follow diaorang masuk shopping complex tu ala-ala filem James Bond..hahaha

Aku tengok Cikgu Kadir dan Arni sama-sama masuk ke kedai menjual pakaian. Hati aku dah panas semacam ajer. Kali ni aku tak kira, apa nak jadi jadilah. Kalau Cikgu Kadir boleh langgar disiplin, aku pun boleh jugak. Aku tak kira!!
"Cikgu!!!"
Ternyata Cikgu Kadir dan Arni betul-betul terkejut dengan kemunculan aku yang secara tiba-tiba ni.
"Hah, awak ..apahal?!" Tanya Cikgu Kadir yang aku tengok macam tak puas hati dengan cara aku tegur dia tadi.
"Apahal cikgu kata? Cikgu! Cikgu tau tak apa yang cikgu dah buat nie? Cikgu mesti ingat, cikgu tu Guru Disiplin." Aku pun tak tahu macammana aku boleh berani cakap macam tu.. Mungkin sebab terlalu marah kot!

"Apa yang awak merepekkan nie, hah?!" Nampaknya Cikgu Kadir dah start naik angin. Ahhh.. naik angin ker..naik bas ker..naik lori ker.. aku peduli apa!! Aku pandang Arni. Ternyata dia merasa kurang senang dengan kehadiran aku.
"Merepek cikgu kata! Cikgu kan tahu Arni ni anak murid cikgu, dah tu cikgu ingat elok sangatla kalau tiap-tiap hari cikgu bawak Arni ni naik kereta cikgu tu. Cikgu tu Guru Disiplin, dah kahwin plak tu! Apa ni cikgu....."
PANGGGGGGGGG!! Tiba-tiba ajer Arni menghadiahkan sekeping pelempang kat pipi aku. Suasana menjadi bangang seketika. Arni lempang aku?? Awek aku lempang aku kerana cikgu ni?! Aku tak faham..Aku tak faham....
"Terima kasih sayang..." ucap aku pada Arni tanpa pedulikan Cikgu Kadir yang amat terperanjat dengan ungkapan sayang itu tadi. Aku lap darah kat bibir aku dengan lengan baju sekolah..dan terus berlalu sambil diiringi dengan lagu Akar dan Bumi ( yang aku nyanyi sendiri dalam hati ) huhuhuu..

Keesokannya, Arni tak datang sekolah. Aku tanya kat Faizal, jiran Arni yang juga merangkap Ketua Pengawas.. Apasal Arni tak datang sekolah.
"Entahlah.. Aku pun tak tahu. Apa yang pasti bapak dia nak jumpa dengan ngko sekarang jugak!" Kata Faizal.
"Hah, bapak dia?! Aku meminta kepastian.
"Yela.. bapak dia kan Cikgu Kadir tu.. Aku pun tak tahu apa sebab dia nak jumpa ngko!"
Hah?! Mampus aku! Cikgu Kadir tu bapak Arni?! Arni tu anak Cikgu Kadir?! Cikgu Kadir tu bapak Arni?!
Aku pitam lalu pengsan........

Hehehehehe...

Nota kaki ciksue: Buat semua akak-akak ku yang berkerjaya sebagai Guru belaka..kengkawan yang menjadi Guru juga, semua Guru-guruku..terutama yang mengajar di SRKJ & SMKJ, Sungai Sumun, Perak..Pensyarah-pensyarah kat ITM dulu ( ni kira guru gak ni walau nama lain ).. Terima Kasih dan sesungguhnya Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat.."SELAMAT HARI GURU"

No comments: