07 May, 2010

HARGAILAH JASA IBU..

Satu kisah seekor IBU kucing..

Ngiaunya panjang dan mendayu, seolah-olah merayu minta dibantu. Apabila ditunggu, baru dia senyap sambil berbaring lesu. Kita bergerak sedikit sahaja dari kotak, dia mengiau lagi, tidak mahu ditinggalkan walau seminit. Lama juga menanti. Sampai kena bergiliran menemani. Tidak kira siapa, asal ada seseorang di sisi. Sesekali dia mengiau perlahan, seolah-olah menahan kesakitan.

Jenuh menunggu, akhirnya nampaklah perutnya berombak-ombak, mungkin habis kekuatan diperah, segala otot dikerah, meneran sekuatn hati, sedaya kudratnya yang jelas lemah. Akhirnya tersembul sepasang kaki kenit. Hendak ditolong, bukan pandai sabgat. Takut nanti lain pula yang jadi. Tak tahu apa nak buat, tunggu sajalah. Rasa cemas pun ada, terutama ketika melihat kepala si comel masih tersekat. Tuhan Yang Maha Pengasih sahaja yang melindunginya. Akhirnya si kenit keluar seluruhnya dengan selamat. Ibu kucing terus menjilat-jilat. Mungkin sakitnya terus lenyap sebaik sahaja si comel tergolek kuyup sambil tercungap-cungap.

Seisi rumah mengerumuni, mahu menatap si comel yang seiras ibunya, kecuali ekor kontot berbanding ibunya yang berekor panjang. Hampir 20 minit kemudian, ibu kucing mengiau lagi. Oh ada seekor lagi rupanya, kali ini nampaknya lebih senang, tidak lagi songsang. Namun yang ini jelas terlalu kecil dan lemah, Segera ibu kucing menjilat bersih si bongsu sebelum membersihkan pula dirinya. Kemudian dia terbaring keletihan sambil si abang sudah pun mula merayap mencari makan meskipun matanya masih pejam.

Kerakusan si abang makan berlarutan, Nakal dan lasaknya pun berlebihan, sampai habis terbalik dan pecah pasu bunga, memanjat seperti lelabah. Namun si adik hayatnya tidak lama, memang ketara lemahnya sejak mula dulu.

Sungguh kagum melihat ibu kucing membelai manja, bermain mesra dan mendahulukan anaknya. Dibiarkan si anak berebut makanan, sambil dia menunggu sabar sebelum mengambil giliran. Memerhati kelahiran dua anak kucing itu dan kepayahan yang dilalui oleh si ibu, tidak kira manusia atau haiwan, sanggup mengharungi segala kepayahan dan kemungkinan demi anak di dalam kandungan. Sepanjang sembilan bulan 10 hari, ramai ibu menempuh pelbagai dugaan dan kesukaran selain sakit waktu melahirkan.

Seperti kata orang tua-tua, SAAT MELAHIRKAN UMPAMA MENYABUNG NYAWA. Patutla ibu begitu sayu hati dan pilu sekiranya anak tergamak menggores perasaannya, sama ada melalui perbuatan atau perkataan. KENANGILAH JASA DAN PENGORBANAN IBU.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG MENYINGGAH DI SINI


Buat mak ku Yg Mulia Raja Jemaah Raja Mansor yang sangatku sayang, walau dimanapun La berada, pasti La doakan mak sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan kehidupan, dimurahkan rezeki yang halal, dan semoga Allah sentiasa melindungi mak, dan hidup mak penuh rahmat dan keberkatan Nya. Maaf mak atas desakan hidup ini La tidak dapat selalu hadir disisi mak, hanya suara mak yang kerap didengar di telefon..LA SAYANG MAK!! SELAMAT HARI IBU MAK!! TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN LA.. Dan sekarang pun La daah ada anak sendiri iaitu cucu kesayang mak..( La sentiasa rindu nak peluk & cium pipi mak..!!)

Nota kaki ciksue: Mungkin mak aku tak dapat nak membaca apa yang aku taip kat sini..Jauh sekali nak ngadap komputer ni, kerana cam tak sesuai katanya..huhuhuh mungkin tak berapa reti dan takut nak berkomputer..

No comments: