14 May, 2010

TIPS : LAGI PASAL SAHABAT..

Kita sering mendengar pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa hubungan persahabatan yang dijalinkan dalam waktu yang singkat biasanya tidak mampu bertahan lama. Berikut ada beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan agar hubungan persahabatan yang baru terjalin dalam masa yang singkat itu, mampu bertahan untuk selamanya. Insyaallah

1. Polisi Kejujuran.
Kejujuran adalah polisi terbaik yang harus dimiliki dalam hubungan persahabatan. Ketika mencurahkan perasaan korang, saling berbual ringan dengan sahabat, tonjolkan kesungguhan korang terhadap sahabat.

2. Menghargai.
Terapkan sikap menghargai dan gemar menilai secara positif terhadap apa jua yang kamu miliki melalui cara ini, kamu akan belajar mengenal pendekatan terbaik untuk menghargai dan menyanjungai orang lain, khususnya sahabat korang.

3. Memahami.
Cuba untuk memahami dan peka terhadap keadaan orang lain. Fahami keperibadian sahabat baru itu dan beri ruang kesempatan untuk korang dan sahabat korang saling mengenali antara satu sama yang lain.

4. Bertolak-ansur.
Jangan berkira dengan sahabat. Saling berkongsi masalah bersama-sama dan jangan mementingkan diri.

5. Saling belajar.
Selongkar pelbagai bahan bual bicara dengan sahabat baru. Anggap si sahabat sebagai individu yang memiliki pelbagai minat. Dengan cara ini, si sahabat pasti tambah bersemmangat berkawan dengan korang.


PETUA SAHABAT : " Di saat kamu kesal dengan sikap sahabat kamu, jangan hanya kamu mengingati sifat buruknya sahaja, sebaliknya jadikanlah perkara itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikan hubungan persahabatan kamu menjadi semakin erat. Insyaallah."



Nota kaki ciksue: Suka berkawan dan dapat ramai kawan..tapi tak pasti kawan tu suka ker berkawan ngan ciksue..Emmm?

2 comments:

mancai said...

huhuhu...info menarik kak oi.. tq2

Ciksue?? said...

salam bersahabat..;)
sahabat ramai nie sejahtera idup gitew..