07 May, 2010

TIPS : TINDAKAN SPONTAN ELAK PENCABULAN..

Takde perempuan yang mahu dirinya dicabul atau diperkosa. Bahkan perempuan gila pun tak rela. Sekiranya kita tak boleh nak mencegah lelaki dari jadi perogol, kita boleh lakukan sesuatu secara spontan sekiranya kita tidak panik semasa perkara itu hampir terjadi. Di bawah disediakan beberapa tindakan spontan yang mungkin leh diguna pakai..

1. Jika berkesempatan larilah..Larilah sekuat mungkin ke tempat yang selamat seperti ke balai polis ker, atau mungkin juga lari ke tempat public atau lari ke dalam rumah sesapa yang berhampiran..Takut jugak kalau terlari ke rumah si pencabul / perogol tu laks..huhu

2. Jika korang ada belajar seni mempertahankan diri, silat ker teakwando ker..karate ker..Ha masa inilah masa yang paling afdal korang gunakan tanpa was-was walaupun korang tak berapa yakin yang korang akan menang pun..

3. Teknik merayu, menangis dan meminta belas kasihan pun boleh diguna pakai. Biarlah menangis ker meraung yang over dan terlebih sudah pun takper..kalau2 ia mampu mendapat belas kasihan si pencabul / perogol..Tak salah untuk over dan terlebih raung..

4. Korang juga boleh mempersiapkan gigi korang yang korang gosok dengan ubat gigi Colgate ari2 tu, untuk menggigit ajer mana2 anggota badan yang berdekatan si pencabul @ perogol.. Pastikan gigitan tu mampu membuat mereka "lumpuh"..kalau berdarah2 atau tercedera teruk pun takper..sapa suh buat benda yang tak senonoh ni.. Rasakan..!! Pembalasannya.

5. Kalau rasa nak karate pun takut..Nak gigit pun gigi tak berapa nak cukup..Cubalah berusaha untuk mencucuk matanya dengan apa juga barang yang dapat korang capai..Guna jari pun boleh!!!

6. Ni satu lagi, jangan malu kerana suara sumbang untuk menjerit. Dalam masa itu keselamatan korang bergantung kepada kekuatan jeritan korang..Apa kira kalau pitching ke laut ke sumbang mambang ker..Jeritlah..Jerit sekuat hati..Moga2 dengan jeritan sumbang korang tu nanti ada orang2 yang berdekatan terdengar..takpun pencabul/perogol tu leh jadi pekak atau mungkin mati kena heart-attact.. Sapa tahu..

7. Kalau ke enam2 di atas tu rasa cam tak mampu jugak nak buat.. Gunalah akal fikiran korang untuk mencari helah dan jalan melepaskan diri..Kerana waktu itu korang ada diri korang ajer. Fikir sendirilah camna nak selamatkan diri.

# Nota kaki ciksue: Mohon kepadaNYA agar kita semua tidak berhadapan dengan pencabul/perogol/penjenayah yang memang memungkinkan kita berada di dalam keadaaan tidak selamat. Seandainya ditakdirkan terjadi juga dekat kita, moga kita diberi kekuatan olehNYA untuk menanganinya.

1 comment:

mancai said...

satu lagi buat2 gilaaa melampau... pasti menjadi