22 March, 2010

KEEP ON MOVING & KEEP CLIMBING...

The Climb lyrics
Songwriters: Alexander, J; Mabe, J;
Singer : Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"
Every step I'm taking
Every move I make feels

Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

# Nota kaki ciksue: Aku dengar lagu nie masa Tirai AF8 nyanyian peserta AIN..Sedap telinga dengau lagu nie..cari lirik lagu nie ari nie..nahhh!!!! "KEEP ON MOVING & KEEP CLIMBING FRIENDS.."

19 March, 2010

Mesti BACA ni: MENEROBOS SEMPADAN DIRI

Penulis :
Dato' Dr.Haji Fadzilah Kamsah
Haji Muhammad Zakaria
Zizi Azlinda Yusof

Diterbitkan oleh :
Telaga Biru Sdn Bhd


Korang kena baca buku nie.. Antara isi kandungan buku best ni termasuk tentang 22 PETUA-PETUA MENEROBOS SEMPADAN DIRI...Yang korang kena tahu..

Isinya...
"Diri anda sebenarnya mampu melakukan "wonders" lebih dari apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering diselubungi tembok yang menghalang anda dari mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran terlalu kabur untuk anda fokus. Di satu segi mungkin anda kurang sumber. Mungkin juga hati anda bersarang dengan sifat bodoh sombong atau pentingkan diri."

Lagi isinya..
"Kehebatan diri anda perlu dieksplotasi. Baiki diri. Kumpulkan kawan-kawan dan ajak sama membina suasana yang memberangsangkan. Terus memotivasikan orang lain. Tingkatkan produktiviti dan berbaik sangka dengan orang lain. Miliki kemahiran berinteraksi dan susun kerja anda dengan tersusun. TANGKAP SEGERA PELUANG YANG DATANG DAN AKHIRNYA BERDOALAH KEPADA TUHAN"

Banyak lagi dalam buku nie..buat mereka yang mahu mencari panduan untuk menerobos sempadan diri. Tak rugi beli..walaupun aku hanya meminjam ajer buku nie hehehehe..

Selamat Membaca..

17 March, 2010

PERHATIAN : Khasiat Buah Pisang..

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

# Nota kaki ciksue: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!!! tehehehehe..

CAKK!!! Say Cheeseeeeeeeee

16 March, 2010

meh la..Kata nak wit tambahan kan kan..



Senang sangat nie..
Force matrix 6 x 4. Sue dah ada 6 orang dah nie..so kalau ada rejeki orang join nie..insyaallah korang akan senang-senang ajer dapat downline dari sue..
Mudah ajer kan kerja korang..Sue mudahkan lagi..
Sue buka peluang kat korang mana tahu rejeki ada dapat kat korang..

Kita ikhtiar yer.. Lebihnya kita serahkan kat DIA.. Janji korang kena usaha!!! Dengan usaha yang korang ikhtiarkan tu pun korang dah dapat pahala tau..

So tunggu apa lagi mehmeh..Mulakan langkah anda..
Kalau tak mulakan memang tak taunyer..Mohh..




http://www.igetworld.com/?ref=sue6460

Semua ada diberitahu kat web tu..Follow ajer langkah-langkahnya..
Mudah!! dan sue permudahkannya lagi..( Force Matrix 6 x 4 )..Emmm..

Mungkin dalam anda membaca tu, anda terfikir,

* "Betul ke ni?
* Boleh ke aku buat duit dengan benda ni?
* Berkesan ke untuk aku buat ni?"

Sebelum sue beritahu... janji kepada sue..JANJI laaarr..janji janji bahawa korang akan baca peluang ini dengan minda yang terbuka. Biar saja sue berikan alasan kenapa korang patut berhenti fikir seperti itu:

1. Berkesan untuk semua orang, termasuk sue juga – Sue tak peduli jika korang tak pernah jana wang secara online walaupun sesen. Tak peduli jika tak tahu apa-apa tentang HTML, penulisan, mereka laman web atau pun pemasaran affiliate. "Sistem" sungguh mudah digunakan - pelajar tahun satu pun boleh melakukannya wa cakap sama lu..

2. Sedikit kerja, Untung berganda – Seperti yang sue jelaskan sue berikan segala yang korang perlukan termasuk laman web yang direka secara profesional – walaupun korang seorang yang kurang rajin korang pasti akan menjana wang daripadanya!

3. Lebih pantas bertindak, lebih cepat menjana wang – Seperti dalam kehidupan, sesiapa yang memilih untuk "tunggu dan lihat" selalunya akan berakhir dengan tak dapat apa-apa. Ya tak dapat apa2!! Wa cakap sama lu lagi..Beribu-ribu ringgit menunggu untuk ditukarkan daripada Sistem ke akaun bank korang..Korang tak nak ker??. Jika lambat, orang lain akan mendahului!

4. Apa2 jua pun ada risiko..tapi risiko nie kecik ajer..Tak ader lagi yang jatuh bankrup hanya dgn 50henggit huhuhhu..

Terima kasih dan Selamat berjaya untuk BEBAS!! BEBAS dari masalah kewangan. Kalau tak banyak sikit pun okek.. Better Then Nothing MAAAAAAAA..hehehehe..

Apa-apa pun kena bertindak cepat..Berhentilah dari asyik berfikir dan terus berfikir tanpa apa-apa tindakan pun..So masa banyak dah rugi tu..Pilihan ditangan anda..

Meh..
http://www.igetworld.com/?ref=sue6460

12 March, 2010

TERINGAT MASA DULU (Bhg 4).. Rancangan Kartun

Masa zaman aku dulu antara kartun yang menjadi siulan dan tontonan mata aku... Banyak gak rancangan kartun tu..Tapi antara yang aku suka. Kita mulakan dengan "SMUFT". Korang ingat "SMUFT"? Spesis warna biru..Yang seluruh family dia dok bawah cendawan tu..memang comelll.. Mehh tengok kat bawah nie..comel kan..?? Aku takleh nak letak video kat sini..susah nak dapat..kena beli plak..hehehe. Lagi aku layan "RoadRunner". Memang santai kartun nie..tak faham omputeh pun leh tengok sebab dia takder dialog..sekadar "bib bib"..Sian Cayotte tu jenuhla nak dapat tangkap dia kan..tapi yang kelakarnya sampai guna dynamite tu..pandai-pandai..Ada lagi satu.."Woodywoodperker" si burung belatuk tu..hahaha..asik gaduh ajer ngan penembak ketot tu..heheh










Lagi aku layan "Voltron: The Defender of the Universe".Memang antara yang terbest..bunyik cam ganas ajer..tapi layan jugak beb yang ada 5 rimau ker peh tu cantum jadi robot.Tiap kali nak jadi ajer hero yang berlima nie cakap " Activate in and lock, dinoterm connected..blabla bla aku pun lupa" hehehehe. aku jumpa official site..buat yg tak pernah tengok intro kartun nie..meh layan..rindunya aku time kecik-kecik dulu..




Sekarang aku masih layan kartun-kartun nie, Korang suka gak layan kartun ker..hehehe mesti korang pelik kan umur cam aku nie masih suka layan kartun ngalahkan anak-anak aku plak..tapi serius weyy..aku terkadang suka gak nak berebut-rebut channel nak tengok kartun kegilaan ku hehehehe..kalau still tak dapat sure aku tagan depa ngan coklat ker jajan apa-apa ker..janji dapt tengok..tapi aku tak heiranlah sekarang nie rancangan kartun kat astro selalu berulang-ulang..jadi aku tak sangatla nak berebutnya..Antara kartun yang aku layan habes sekarang dan memang aku santai tengok..dan leh hilang stress ooo..korang tak caya?? ni ada aku selitkan antara gazet kartun-kartun yang aku layan. Kartun yang tak berdialog over..memang leh hilang stress!!

BEST NI: "SHAUN THE SHEEP"


SHAUN = kambing biri2 yang bijak hehehe.. I like!!

NI PUN BEST LAYAN: "OGGY & THE COOCROACH"


OGGY ni kucing yang hidup mewah.Walaupun kadang nampak over dan tak logik ( ala kartun ..tak perlulah logik2 nie pun ) dok ngan 3 elor lipas yang..makk aii..nakal giler..takleh tengok oggy tu aman..tapi tiba suatu masa mereka nie berkawan baik..walaupun jarang-jarang berlaku..cubalah korang layan..best oooo

Rancangan kartun nie bagi aku tak semestinya untuk kanak-kanak bawah umur ajer. Untuk yang atas umur cam aku nie pun leh layan dan aku rasa sangat enjoy..Kadang mengelekek aku sorang-sorang..sambil diperhati oleh anak-anak aku..hhahahahaha

11 March, 2010

MEHH BERPANTUN....MEHH PIKIR2

MASUK PAGI..BALIK PETANG.. DAPAT GAJI..BAYAR HUTANG!!
Bunyik macam pantun 4 kerat plak hehehe. Tidak dinafikan anda seorang yang sangat rajin. Tidak kira siang atau malam, anda bekerja tanpa mengira masa. Namun, walau sekuat manapun anda bekerja, pendapatan anda masih juga berada di tahap yang sama. Hutang semakin banyak, tapi malangnya gaji tak juga bertambah. Bos semakin kaya, tetapi anda tetap macam tu juga atau paling sedihnya semakin merundum . Adilkah semua ini? Emmm...

BELAJAR TINGGI SAMPAI IJAZAH.. DAPAT KERJA KERJA GAJI RENDAH!!
SYABAS!! Anda tekun belajar sehinggalah mendapat segulung ijazah.Apabila tamat pengajian, anda gagal untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan anda.Terdapat seramai 20-30 ribu orang menganggur setiap tahun. Apakah peluang anda untuk bersaing? Sampai bila anda nak bergantung pada kedua IBU BAPA anda?

KERJA HEBAT.. GAJI PUN LEBAT.. JADUAL PADAT..BALIK PUN LEWAT!!
Kerja anda seringkali memerlukan anda untuk pulang lewat dan bekerja pada hujung minggu. Anda juga perlu outstation dan terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.Jika keadaan ini berterusan, mana mungkin anda dapat luangkan masa dengan mereka. Mahukah anda melihat anak anda membesar tanpa kehadiran seorang AYAH/IBU di sisi?

ORANG BELUM BANGUN.. ANDA SUDAH.. ORANG SUDAH TIDUR..ANDA BELUM!
Itulah adat orang berniaga. Kerja anda memang berat,
namun kadang-kala pendapatan anda tak setimpal dengan apa yang anda buat.
Modal tiap-tiap hari keluar, tetapi untung anda belum tentu.
Tiada cuti, tiada bonus, tiada rehat, tiada masa untuk keluarga.

SERONOKKAH HIDUP SEPERTI INI?
PILIHAN DI TANGAN ANDA... THINK POSITIF!!
IKHTIARKANLAH UNTUK MENCARI CARA MENCARI JALAN..ATAU TERUSKAN UNTUK BERADA DITAKUK YANG LAMA..


# Nota kaki ciksue: Peluang sentiasa ada..banyak cara kita boleh cari dan gunakan..Persoalannya Sanggup ke tak untuk memulakan langkah..Apa-apa pun all the best lah..

08 March, 2010

SETIAP WANITA ITU CANTIK..

( Cerita dari email.. )
Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?'
'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.
'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'

Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '

'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '

'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'

'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya

'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya

'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

'Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'

'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya..' tempat dimana cinta itu ada.'

# Nota kaki ciksue: Selamat Hari Wanita. Semoga kita menjadi seorang wanita yang tabah dan kuat dalam mengharungi hidup.

BERSYUKURLAH...

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang akan menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak menghiraukan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

# Nota kaki ciksue: Sejauh mana kita bersyukur dengan setiap sesuatu yang terjadi..??.. Semoga Allah menjadikan aku seorang yang sentiasa bersyukur..

04 March, 2010

AKULALELALALASUE??

Masa aku kecik-kecik dulu abah, mak adik beradik semua panggil "LA"..aku rasa sebab penghujung nama aku tu ada huruf tu "LA".. tu yang panggil LA ooo LA.. tapi ada jugak yang tah macam mana tersasul panggil "ELA"..ini nampaknya lebih kepada mak dan pak sedara akulah ( Enda-enda dan Ayah )..wah!! dah rasa cam nama penyanyi rock tukan..ELLA..huh!! takder maknanya kehkehkeh..Masa aku sekolah kengkawan panggil LELA.. nama RAJA dalam kad pengenalan (masa tu kad pengenalanlah..sekarang MYkad ) macam tak wujud ajer.. Kadang orang panggil aku RAJA..tapi aku buat bodoh ajer..bukannya sombong..tapi aku rasalah nama RAJA tu lebih untuk keluarga dan kaum kerabat keluarga aku.. SUHAILA tu baru nama aku... Pernah ada kawan-kawan dan cikgu aku panggil aku RAJA.. aku siap bagitau lagi..tolongla jangan panggil RAJA..bla bla bla bla...cakap baik-baikla gitu..kang menyentap plak taknak kawan ngan aku..yerla bunyi cam kereks ajerkan...bukan tak suka pada nama..cuma pernah terjadi ada orang tepon kat umah, aku pun tak tau orang tu cari sapa..aku siap marah dia. dia pun macam bengang plak bunyiknya.. slang cakap cam orang India..seingat aku gini conversation dia..

" Hello..sana rumah Raja ka?".. Betuila aku cakap..memang dia tak salah dail..inilah rumah Raja yang dia carik tu..

" Boleh cakap sama Raja ka?"..Aku cakap boleh..tapi Raja yang mana satu?
" Tadi cakap itu sana rumah Raja..saya mau cakap dengan Raja la..Raja mana lagi.." bunyik cam angin ajer.. Angin aku nie dia tak kira tu..rasanya sampai aku terkentut rasanya tak tahan angin banyak sangat hahahaha.

" Ya ..memang ini rumah Raja..tapi nak cakap dengan Raja mana..?" aku kata lagi..tak faham-faham ke apa nie..aku cakap dalam hati.

" Sana cakap itu rumah Raja..panggil Raja sini mari "..terbayang-bayang aku roman India yang tepon nie..sure tgh gelang2 kepala dia..( kan India selalu style cakap suka geleng-gelang..hehehe..)
" Bukan saya tak mahu panggil itu Raja..sini ada 8 orang Raja..Raja mana satu mau nie..? "..aku sendiri pun tak pasti dia nak cari Raja mana satu. Terus dia letak..cam frust ajer..atau mungkin rasa dah tersilap dail.

Tapi agak aku..dia cari Raja Gopal or Raja Linggam yang sama kaum dengan dia kot.. tapi mungkin tak ..kalau dia cari Raja Gopal..mesti dia cakap bahasa urdhu kan kan.. Rupanya selang beberapa hari..bila abah aku tanya barulah aku tau..yang cari Raja aritu rupanya abah punya kawan daa.. hahaha..sorik Uncle.. Rasanya nama Uncle tu Maniam..( eh tah..sapa aa bang Yah? lupalah )
Tu sebab aku tak berapa suka kalau kawan-kawan aku mahupun cikgu panggil aku Raja. kan senang panggil Suhaila..direct terus ke aku...kang jenuh nak tanya Raja mana satulah apa lah..Tapi aku tak salahkanla jugak sebab kawan-kawan aku memang seorang yang ramah tamah adanya..Tapi sukahatilah ada juga yang masih nak panggil Raja..janji korang happy dan hanya nama tu ajer leh ingat ngan aku..okeyla tu ( gaya budak AF -adik dato ct tu..sapa ker namanya huhuhu )

Upgrade sikit ke level pengajian yang lebih tinggi..nama LELA dah dipandang sepi..kerana nama LELA telah diupgrade ke "LALA"..itu E tukar ke A.. ada kisah jugak nama nie..dah macam nama spesis siput aku rasa..sedap gak kalau lala goreng pedas cili tu kan ...nyum nyum nyummmmmm. makan plak dengan nasi panas suam kuku gitu..memang terangkat..laparla plak... sambung balik kes nama LALA nie tadi.. Rasanya aku perkenalkan diri aku nie LA ajer..tapi melanjut-lanjut ker LALA plak.. mungkin jugak pendengaran aku ada masalah sampai tak menyahut bila di panggil LA..panggil banyak kali barulah menyahut..dah lekat LALA.. sampaikan KRU pun buat lagulah..apa ker nama lagunya tu.."Oh LALALALA.." ke apa ker hehehe... lama gak nama nie lekat.. sampai aku habes belajar gitew..

Bila masuk zaman bekerja nie..umur pun dah banyak dan agak2 matured la konon..cam tak sesuai plak guna nama tu..walaupun aku rasa lagi mesra alam..tapi yerla mestila ada style la konon..masalahnya style kerrrrrrrrrrrrrrr...hahahahaha. Masa aku kerja dan sampai sekarang orang panggil aku SUE..manis ajer nama tu..cam ayu gitukan walaupun orangnya tak berapa nak ayu muahahahaha... so sapa-sapa yang kenal aku time aku mula kerja especially customer dan supplier opis tempat aku kerja nie panggil aku dengan nama SUE.. My boss dan staffs semua panggil nama LALA gaks..mesra alam ajer bunyinya kan..heheheh

Keluarga Mertua aku panggil aku "SHEILA"..hahaha..ni bunyik cam lagu Saleem ajerla pulak kan..sedap-sedap nama nie..Tapi nama aku pun ada gak lagu tau "SUHAILA" dari kumpulan Waist ker apa ker.. Kumpulan tak begitu popular nie..tapi lehla layan lagu tu hehehe..sampai asben aku pun dok nyanyi-nyanyi gak lagu tu..hahhaha

Kadang tu bila aku dapat panggilan telepon dari sapa-sapa yang tak pernah tepon ker atau dah lama tak telepon..dan dok mentioned nama2 aku tu aku taulah masa bila depa mengenali aku tu..hehehe..

03 March, 2010

TERINGAT MASA DULU (Bhg 3).. Kasut Sekolah

Entah kenapa tetiba teringat plak pasal kasut aku masa sekolah dulu..Anak aku takder yang sekolah lagi jadi takder peluangla lagi nak membelek-belek dan membeli kasut sekolah. Setakat nie aku hanya mengintai dari cermin kedai ajer kasut-kasut sekolah yang rata-ratanya aku tengok jauh lebih cantik dan berbentuk dari kasut sekolah aku masa dolu-dolu..hehehe..dahla tu banyak pilihan..

Seingat aku masa aku sekolah dulu aku pernah ada kasut macam ni..lebih kurang..kecik comel ajer gitu.. ada cam zapp-onn 1 ajer...ada jugak yanag aku tengok sekarang sampai ada 3 zapp la apa la...canggih-canggih hehehe..tapi masa tu aku tak tau la apa jenama nyer.. dulu pun mana ada kasut branded-branded..tapi kalau kasut sekolah Jazz tu rasa paling toplah dulu. Aku pun tak banyak karenah dulu..apa abah aku beli aku pakai ajer..tak macam anak-anak zaman sekarang nie..aku tengok merengek-rengek nak kasut yang abes cantik dan ber style gitu..sian makbapak..(anak-anak aku tu nanti..janganla mintak yang berstyle huhuhu ).. Dari kajian dan pemerhatian aku la..kadang budak-budak nie terpengaruh ngan iklan tv pun ada..kadang terpengaruh ngan kawan-kawan yang sentiasa ada style tu pun ada gak.. bagi aku kasut sekolah..niat kita nak kesekolah..apala nak style-style sangat.. janji kasut tu selesa putih bersih gitu cukupla..kadang kasut tak berapa nak mahal pun selesa gak..Entahla kdang aku pun tak faham la kemahuan anak-anak zaman sekarang.. ( camna lah gaya anak aku nanti bila mula bersekolah..emmm )..

Aku pernah gak pakai kasut macam nielah iras2nya..jenuh gak cari kat google image tu..ada jumpa cam nie..jenama dia aku tak pasti.."Fuh Kiong" ker apa ker..tapi kiong kiong bunyik dia..nama memang tak komersial langsung..tapi jadilah kan..kasut nie rega dia dalam 10henggit kot ( ater takder jenama..sebut namanya ajer dah rasa nak gelak ajer )..aku sebenarnya susah sangat nak mintak kat abah aku untuk beli itu ini..tak tau kena memang aku susah sangat nak bukak mulut..tapi aku terpaksa gak beli sendiri kasut nie..kasut tu ajer pun yang ada kat parit 7 tu..janji aku ada kasut..sebab kasut aku dah koyak teruk tahap kritikal kat tumit tu dah cam ada lobang salur peluh tambahan plak lagaknya hehehehe..Ada jugak yang dok ketawakan kasut sekolah aku yang dah terkoyak tu..sakit hati gak dengar-dengar suara tu..tapi sukahati akulah nak pakai lagi kasut koyak ker idak ker..ada aku kesah!!! macamlah aku kidnap kasut sekolah korang yang cantik tu..tak cantik pun!!!

Aku penah sidai kasut sekolah aku kat belakang peti ais..masa tu peti ais bukan macam peti ais sekarang nie..semuanyer tersorok.. peti ais dulu dia ada cam jaring panas kat belakang tu..hahhaahah kat situlah jadi tempat aku meletakkan kasut sekolahku yang tak berapa nak kering atau lepas aku kapurkan putih..hahhaahah..kadang aku sidai stokin pun ada..mesti peti ais tu menyampah ngan aku pasal sangkut menyangkut barang kat belakang dia nie heheheh..sorikla..hari ujan kasut tak kering..stokin tak kering..nasibla..sapa suruh panas kat situ..takkan nak masuk dalam oven plak kan..

Lepas aku dilantik jadi pengawas sekolah, aku dah tak pakai kasut sekolah putih-putih nie..yerla pengawas kan kena pakai kasut warna hitam..so savela duit kapur. Takyah la lagi menenggek dekat pintu bilik air tu dan merajinkan diri mengapur kasut..Bila jadi pengawas nie, selalulah gak tengok kasut pelajar-pelajar yang masuk sekolah tu..( Bila bertugas jaga pintu pagarlah )..Macam-macam jenis kasut sekolah ada..aku suka tengok kasut budak-budak lelaki..depa ni kreatip..kebanyakkan kasut mereka tu kasut jenis tali..jadi macam-macam bentuk anyaman ada yang dah ngalahkan anyaman tikar mengkuang adanya..rajin tulla depa tu..aku dok terpikir gak..kalau dah anyam sikit punya cantik dan kemas tu ..tak susah ker nak bukak agaknya..emm..tapi memang cantik..tah sapalah punya idealah tu huhu

JAGA KESIHATAN: CONTOHI RASULLULLAH..

Mencontohi Nabi bukan secara serpihan tapi dalam segala aspek kehidupan kita. Antara cara hidup Nabi yang kita hendak lihat kali oni dalah cara hidup Nabi yang sihat. Baginda bersabda yang maksudnya "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu". Tetapi itu bukan bererti Baginda tidak mengetahui masalah duniawi. tidak bererti juga Nabi bebas daripada penyakit. Namun Nabi hanya pernah sakit yangboleh dibilang dengan jari.Yang lainnya, Nabi sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar. Berbeza dengan manusia kini, penuh dengan penyakit dan penderitaan. Walaupun bdan sihat tetapi hati mereka sangat berpenyakit.

Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan:

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH. Rasullullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapatkan limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN. Rasullullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. setiap Khamis atau Jumaat Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN. Sabda Rasullullah s.a.w: " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)," (Muttafaq Alaih. Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda. Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga yang lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI.Rasullullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan mesti letak betul-betul dihadapan tempat yang kita hendak pergi.

5. TIDAK PEMARAH. Nasihat Rasullullah s.a.w: "Jangan marah" diulang sampai 3 kali!! Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta'awwudz keran marah itu daripada syaitan, segera mangambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketegangan serta menghilangkan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA. Sikap optimis akan memberi kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu perbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRIHATI. Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semstinya kita perlu menjauhi daripada sifat irihati. " Ya allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."

8.PEMAAF. Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelengu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat.

# Nota kaki ciksue: Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi lebih kepada dengan apa yang kita beri. Banyak lagi cara hidup sihat Rasullullah. Semoga hati kita semakin dekat Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Perbanyakkan selawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad.