29 June, 2010

01.07.2010: SUKASUKASHOP



01.07.2010 Dah bukak dah ni..mohler pun..mana tau ada yang terbekenan..jangan sampai kenan plak hehehe..silalah jenguk

http://sukasukashop.blogspot.com

# Dapatkan diskaun lagi untuk barangan yg terpilih.
# Tidak semua orang bernasib baik, ciksue ingin berkongsi rezeki yang ciksue dapat dari kewujudan kedai on9 ini dgn mereka yang memerlukan. Harap semua dapat menyokong ciksue. Dengan setiap pembelian korang di sukasukashop , 10% dari harga barangan akan ciksue kumpui dan dermakan ke badan2 kebajikan yang berkenaan ( ciksue pun tak ada nama badan kebajikan tu lagi ni). Kita kumpui dulu... Di mana akan ciksue umumkan bila cukup haulnya. Yang ciksue target di sini setiap RM200. Jom beli sambil menderma. Walaupun RM1, kalau dikumpuikan mesti boleh meringankan sikit bebanan mereka yang memerlukan ..

Korang suker, ciksue lagi suker..Jom SOKONG ciksue dengan MEMBELI sambil MENDERMA..Jom!!

24 June, 2010

APA ITU KERJA-MUDAH.COM..

( Sedayanya Ciksue perkenalkan peluang buat duit serendah 5henggit ni..serius skit!! ) kata nak cari duit tambahan. Ni boleh??

MODAL RM5 SAJA!! PELUANG INCOME RM28,014!!

KERJA-MUDAH.COM MENAWARKAN PELUANG BERSAMA MENJANA PENDAPATAN YANG LUMAYAN. KERJANYA SANGAT MUDAH, MODALNYA JUGA RENDAH. MARGIN KEUNTUNGANNYA AGAK TINGGI. APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN ADALAH SERTAI PROGRAM KAMI DENGAN SEGERA. KAMI AKAN MEMBIMBING ANDA UNTUK BERJAYA!

BUKA HATI, BUKA MINDA, FIKIRKAN BOLEH, ANDA PASTI BERJAYA!!

MODAL RM5 ANDA AKAN DAPAT:

- Menjadi agen promosi bagi pihak kerja-mudah.com
- Website replika atas nama anda untuk tujuan promosi
- Koleksi ebook,video,software marketing tool
- Jana pendapatan dan berpeluang mendapat RM28,014.00
( banyak tu kan?)

Matrix 6 x 6
Menghasilkan RM28,014.00

Randomizer
Untuk pengunjung tanpa sponsor,sistem secara automatik akan menjadikan ahli berbayar sebagai sponsor, ini memberi kesempatan bagi anda mendapatkan downline

Spillover
Peluang mendapat downline sekiranya upline anda mendapat lebihan ahli iaitu ahli yang ke 7, sistem akan menyusun ahli tersebut automatik ke bawah, setiap ahli hanya boleh mempunyai 6 orang di level 1
- BANTU MEMBANTU -

* Sistem Matrix 6 x 6, Randomizer dan Spillover adalah sistem yang hanya membantu anda dalam membina rangkaian, namum sistem ini "tidak menjamin" anda mendapat pendapatan -HARAP MAKLUM-


RENUNGILAH KATA-KATA INI..

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqomah (berterusan)
T = Tawakkal


REZEKI CINTAKAN USAHA..

Di kerja-mudah.com tiada pihak yang akan teraniaya kerana anda bukan membayar dalam program yang hanya memberikan eBook sahaja tetapi semua ahli kerja-mudah.com yang berbayar akan menjadi agen promosi kami & mendapat pelbagai kemudahan seperti website replika, koleksi eBook,video,software tentang marketing tools. Anda hanya perlu mempromosikan link anda sahaja.

Usah bazirkan masa anda di Internet jika anda tidak tahu mengambil peluang yang ada. Dengan modal serendah RM5 anda mampu mengubah hidup anda!

Jadilah yang terawal setai kami di kerja-mudah.com
Bertindak segera! Daftar sekarang! dan jumpa anda di Puncak Kejayaan!


Kerja-Mudah.com

DAFTAR SEKARANG. 5henggit ajer wahai kengkawan ku.. 5henggit..Tiada risiko. Tak membebankan. Buat secara santai dan anggaplah ini satu sedekah dan amal jariah kepada mereka yang join program ini. Mudahkan..Macammana rezeki nak masuk jika korang sendiri sukar untuk menghulur..

SELAMAT BERJAYA..!!


Kerja-Mudah.com

AMARAN: Maaf, ini bukan skim cepat kaya atau pelaburan haram. Pembayaran RM5 adalah untuk caj website replika anda. Pendapatan bergantung kepada usaha & strategi anda.

# Nota kaki ciksue: Modal 5henggit ni min 6 kaki ajer..camna? boleh? Tak boleh jugak..? Aduyaii...Sedih tul..sayang ajer masa korang terbuang dengan berinternet, tanpa ada usaha untuk cari duit sesambil berinternet, berchatting, ber FB.. Yer betui korang dah banyak duit yer.berkepok2 kat bank tu..tapi tak salah kan kalau korang beranakkan duit tu lagi dengan sedikit usaha nie sambil berinternet..Pilihan tetap di tangan korang..IKUTLAH MANA@ PUN..janji ciksue dah sebarkan peluang ni..

BUKU AUTOGRAF

Aku tak pasti sekarang ni masih ada ker buku-buku autograph ni.. Bukan celebriti ajer tau ada buku-buku nie..Ala buku autograp.yang menyain2 tu...tapi entahla orang lain panggil apa..Dulu masa aku sekolah dulu memang popular buku nie.. buku untuk diisi oleh kengkawan..isilah biodata ker..kata2 semangat ker..yerla dah nama pun pelajar..kononnya buku ni leh membakar semnagat untuk teruskan perjuangan hahahaha.. Kat bawah nie 1 buah buku autograph aku punya dan rasa ada 1 ni ajerlah pun dan masih lagi aku simpan..masa aku tengah merundum ker..tengah sunyik2 ker..aku bukak lah buku autograph nie..untuk aku gelak sengsorang..untuk aku hiburkan hati ku..memang best zaman sekolah aku..Emmm..kalaulah boleh balik ker zaman tu...











Aku rasa aku ada tulih gak untuk kengkawan buku autograph ni.. memasing ada 1 aku rasa..cuma yang lelaki ajer tak berkenan nak buat2 benda nie..al maklumlah..pompuan ni kan selaalu dikategorikan sebagai rajin..hehehehe..sure berbulu bebudak lelaki baca.. Meh aku selitkan antara kata2 semangat yang ada dalam buku autograph tu..


<-- Ni mukaddimah buku autograph aku nie..heheh tah apa2 tah..tapi cartoon tu memang cute..cutte macam aku time tu..sekrang nie cute gak apa kakakaka





<-- Yang ni kawan aku Azira yang tulih, kalau dia baca nie mesti meraung2..takpun berguling2 kehkehkeh "KU JADIKAN MEMORI INDAH BERSAMAMU SEBAGAI MEMORI DI INGATAN, JANGAN LUPAKAN AKU & GOOD LUCK EVERYTHING YOU DO"..Aku tak pernah lupakan minah nie..kerana dulu aku selalu tumpang makan nasik kat umah dia..huhuhu


<-- Yang ni si Amin yang punya nukilan rasa.. Dari dulu memang suka kambing..kembing pun sure kembang kempis lubang idung kalau baca hahaha.. MMbekkkk...!!






<-- Yang nie memang kretip lagi innovatip..time tu..kengkawan lelaki ku semua ada bakat lukih kartun2 nie..suka ciksue.. Ni Azmi yang punyer..!! "SEKALI GAGAL TAK BERERTI GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA" " PERJUANGAN HIDUP TIDAK SEMESTINYA SELALAU DIMENANGI OLEH ORANG YANG KUAT DAN TANGKAS BERLARI, LAMBAT ATAU CEPAT ORANG YANG MENANG IALAH ORANG YANG FIKIR DIA BOLEH MENANG.." Memang aku sengaja letak herot gambo nie..bagi korang terseksa sikit nak tengok hahaha



Banyak lagi yang ada dalam tu..jenuhla plak nak upload kat sini..yang tulih macam surat cinta pun ada hahaha..ehh time tu reti ker nak bercinta2 nie hehehehe..Yang paling dasat Along nyer nukilan rasa..dan malan ber page2 huhuhu..dia ingat itu buku tatarakyat ker apa ker..Anyway mereka memang best2..kata2 depa tu memang leh bakar semangat jugaklah.. Maupun membakar lemak di badan kehkehkeh..

# Nota kaki ciksue: Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..TERIMA KASIH TEMAN huhuhu

SELAMAT HARI BAPA....ABAH..

Masa aku kecik-kecik aku cukup rapat dengan Abahku..apa-apa pun Abah ajer..almaklumlah aku pun anak pompuan dia yg paling kecik..konon-kononnya manjalah tu..hehehe dengor di Abah aku mesti geli geleman dia kuikuikui..kan Abah aku tu garang..memang takut kami adik beradik dulu nie..bukan takut..segann hehehe... segarang-garang tu pun aku tau dalam hati ada taman weyy.. Lepas aku akil baligh gitu aku rasa tak berapa kerap sembang-sembang ngan Abah..Abah aku pun kalau nak saound dari kejauhan ajerla.. yang aku rasa dia pikir..pepandai akulah pikir kata-kata sinis dia yang lagi berbisa tu..huhuhu..Banyak pengorbanan yang Abah aku buat sampailah aku dah berkeluarga dan anak dua orang ni.. Abah aku seorang yang kuat semnagat..tengok ajer dia masih kuat dan alhamdullillah tidak ada penyakit apa-apa..Yerlah Abah aku orang yang kuat bekerja..kerja kat kebun sawit dia tulah..sambil dibantu oleh Azam adik aku dan konco-konco yang lain..heheh bunyik cam kongsi gelap plak kuikuikui..

Seumur hidup aku, aku tak pernah ucapkan Selamat Hari Bapa..apatah lagi Selamat Hari Jadi.. huhuhu aku tak taupun bila tarikh lahirnya..( apa punya anaklah aku ni )..sebab pernah aku tanya Abah aku dia pun tak tau bila tarikh keramat dia dilahirkan huhuhu..tak terkata aku dibuatnya..Takperla Abah..La rasa tarikh-tarikh tu tak berapa nak penting sekarang nie.. Sebab apa yang penting, La sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abah, diberi oleh-Nya kesihatan yang baik dan berpanjangan, di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, di murahkan rejeki. Moga Abah sentiasa berada di bawah lindungan dan perliharaan-NYA. Amin. Mungkin abah aku tak baca semua nie..Aku memang sayang sangat kat abah aku..Maafkan segala kesalahan yang La buat yang mungkin menggores hati abah dan membuat abah risau sentiasa...Kalau boleh tiap hari nak ajer bersalam mintak maap. Rasa macam banyak sangat dosa aku kat abah aku ni. Dan sekarang ni aku teringin sangat nak peluk Abah!!..huhuhu

# Nota kaki ciksue : Untuk mereka yang bergelar Abah/Ayah/Papa/Walid/Daddy atau apa jua panggilannya pun..SELAMAT HARI BAPA.. Jadilah bapa contoh yang baik untuk anak-anak. Sayangilah bapa, sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat kelak. Sebagai anak, lakukanlah yang terbaik untuk mereka... Kalau takder mereka korang takder kat dunia ni..Ingat tu!!

22 June, 2010

DETOX FOOT PATCH

BUAT YANG TAKUT NAK MAKAN2 PRODUK UNTUK TUJUAN NYAH TOKSIN DALAM BADAN..
NI ADA PRODUK NYAH TOKSIN..
HANYA KOYOKKAN AJER KAT KAKI & TOKSIN DALAM BADAN BOLEH DINYAHKAN HAHAHA
CARA GUNA : MUDAH DENGAN 3T TAMPAL,TIDO,TOKSIN HILANG.MURAH DAN SESUAI UNTUK SEMUA..
MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH..
DIJUAL DALAM LOOSE PATCH AJE YEE
( Haiii mudahnyerr hehehee )

TANDA-TANDA SESEORANG ITU BANYAK TOKSIN:
• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi.

FUNGSI-FUNGSI PATCH INI:
* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Membuang angin dalam badan.
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok

BAHAN UTAMA:
Bamboo vinegar,wood vinegar,chitin & chitosan,toormaline,vitamin c,minus ion powder,black haw,folium sennae,rheum officinate baill,magnolia officinalis ,sodium sulfate,coptis chinensis,dextrin
(Kandungan Herba : lebih kepada detox + sedikit slimming)

REGA :
1pcs = RM2.00
10pcs ( untuk 5 hari ) = RM18.00 ++ free pos ekspress
( kalau nak guna poslaju kena tambah ++ RM2 yer = RM20.00 )



Produk ini jauh lebih murah daripada produk lain di pasaran.. Mehla cuba..
NAK ORDER YER :
1. SMS sahaja : 012-6401301 ( Cepat sikit utk tau ada stok ke idaknyer )
2. Order cara email/ YM : suesuhaila@yahoo.com
3. Transfer wit yang mencukupi ke akaun sue Maybank 162188012598: Raja Suhaila
4. Sms / email: Detail transaksi serta nama, alamat serta no tepon - senang ciksue nak ngantornyer hehehe



AMARAN KERAS NI..!!! PERINGATAN..
Jika anda wanita mengandung & menyusu, Pesakit jantung dilarang memakai foot detox & slimming patch. Jika anda pesakit darah tinggi & kencing manis kronik pun tidak digalakan menggunakan foot detox & gold slimming detox..JANGAN SESEKALI NAK TRY2 ORDER..ORDER UNTUK ORANG LAIN BOLEH ;D NGEH NGEH NGEH TAPI UNTUK DIRI SENDIRI PAKAI DAN YANG ADA PENYAKIT DI ATAS ..JANGANLAH ORDER KANG JADI APA-APA KANG..LAGI SUSAH KAN!!!!DAN JANGAN DIMAKAN HEHEHEHE..

Dapatkan rega MURAH untuk PEMBELIAN ULANGAN atau nak BELI BORONG..Wahh!!
Boleh diadjust gitew, janji korang happy dan segar selalu..buang toksid dan lemak yang tak perlu tu..JOM!! ORDER SEKARANG..kang toksid tu kumpul banyak lagi..


MEH BACA TESTIMONI ( sendirian berhad ni hehehe )

- Sebelum pakai ni memang sakit2 badan..banyak angin kot rasa menyucuk2..saja beli foot patch nie..malam tu pakai..esok pagi2 hah..amik nie..korang tgk romannya..eeuuwww..yg lendir kuning tulah minyak lemak yang terlebih sudah dalam badan sue tu..yg itam2 toksin..mungkin banyak toksin..sampai basah patch nie..sue pakai straight 5 hari..makin hari makin kurang yang color itam tu but minyak tu ada lagi huhuhu banyaknya lemak dalam badanku huhuu..sue break dalam 2 hari dan pakai lagi..toksid taklah seperti awai-awal time sue pakai..dah kurang..but still ada..badan memang rasa ringan ajer..especially bangun pagi..fresh gitew!!..Mohler sesapa nak cuba nie..

Batch pertama ciksue yg dijual secara offline telah selamat dijual.Alhamdullillah..Batch kedua akan mari..Leh TEMPAH SEKARANG..Silalah order sekarang..Kalau tak memberi kesan takkanla orang tak kerap order..Meh order jangan memalu hehehehe..

TAWARAN PEK PERCUBAAN ( 2PCS AJER ) = RM7 ++ Pos Ekspress.

# Nota kaki ciksue: Terima kasih buat semua pelanggan dan pengunjung kerana terus menyokong. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

15 June, 2010

MISI KUMPUL DUIT RAYA PLAK - 20HENGGIT & WAJIB 2KAKI AJER..!! MUDAH KENAPA NAK PIKIR LAGI TU..

Salam Lembaran Semua…
( Ewah-ewah..blom lagilah..dah macam nak raya plak hehehe )
Bukan apa Ciksue nie tengah jalankan 1 misi kumpui duit raya ni..Tapi kenapa raya yer..takleh ker kumpui duit hari-hari ker..kenapa raya..Yerlakan..raya kan banyak nak guna duit.. duit minyak nak ronda satu kampungla..balik kampong sana kampong sini..belanja untuk hari raya banyak uii..duit raya anak-anak buaH huhuhu..Hulur kat mak ayah lagi..Uii memang banyak nak guna..Itu pasallah misi Ciksue sekarang..misi kumpui duit raya.. sapa nak join? 20henggit ajer..Memang mudah..

Sesapa yang nak sangat duit lebih tu..hahah disinilah korang boleh bermula.. akan tetapi kalau korang rasa 20henggit tu membebankan..Ciksue rasa korang lupakanlah niat korang nak duit lebih tu… Mehla cuba yang nie.. memang mudah sangat kerana :

BAKAL DILANCARKAN SECARA RASMI PADA 1 JULAI 2010
MENGAMALKAN KONSEP E-DAGANG
MODAL SEKALI SAHAJA ( RM20.00 )
WAJIB TAJA / PERKENALKAN 2 RAKAN
TIDAK PERLU MENAJA ( DI LEVEL 2 )
TIDAK PERLU MENJUAL
TIDAK PERLU MAINTAIN
BONUS TETAP SEBANYAK RM70.00
PELAN PENDAPATAN YG ADIL, SAH, PRAKTIKAL & MUDAH DICAPAI
AUTO SPILL-OVER ( MULAI LEVEL 2 ) UNTUK SEMUA
AUTO SPILL-UNDER DOWNLINE ANDA AKAN MASUK SEMULA KE BAWAH ANDA SELEPAS MATRIKS LENGKAP
PROGRAM BEROPERASI SECARA ONLINE 24JAM SETIAP HARI
BONUS DIBAYAR 100% TIDAK OVER PAY

Camna..?? Senangkan..
Jom kita mulakan misi hari ini jugak.. Bagi yang sudah mendaftar tu dapatkan maklumat detail didalam laman web tu..okes..

CUBALAH..INSYAALLAH KORANG ADA HARAPAN.. TAPI KALAU KORANG ASYIK MENANTI-NANTI..BERFIKIR DAN MENANGGUH-NANGGUH TU YANG TAKDER HARAPAN TU..SEBAB TAKDER TINDAKAN APA-APA PUN.. TIADA ORG YG INGIN GAGAL DLM
KEHIDUPAN KECUALI DIA MEMILIH UNTUK GAGAL. DAN KEGAGALAN SEBENAR ADALAH..KEGAGALAN UNTUK MENCUBA.. INSYAALLAH YER..KITA IKHTIAR..

Ciksue tengah ikhtiarlah nie..
Jom, mulakan misi kita hari nie..!!

DUIT-RAYA.COM

# Nota kaki Ciksue : SELAMAT BERMISI YER..hehehe.. Kalau nak kumpui bukan untuk raya pun takper..

SIKAP BERTANGGUH.... SANGAT MERUGIKAN!! BETUI TAK?

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” – Pablo Picasso

Kata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sanggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.

Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika sedikit. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang konsep seumpama ini.

Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dahulu.

Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?
Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1 .Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4.Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5.Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh.

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. BERTANGGUH ADALAH PENCURI MASA DAN UMUR SESEORANG. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku di peringkal awal agar mencukupi masa untuk membetulkannya. Oleh itu bagi diri Anda membentuk sikap positif itu haruslah dilakukan sekarang agar ia dapat memberi ruang meningkatkan prestasi diri tanpa berasa bosan atau menggunakan faktor masa sebagai alasan.

Yakin terhadap kebolehan diri: Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan hasilnya. Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah, tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika dibandingkan dengan orang lain

Hayatilah masa dan PELUANG dengan sebaik mungkin.Berani mencuba untuk kebaikan Hayatilah Firman ALLAH Surah Al-Asr

By Al-’Asr (the time).Verily! Man is in loss,Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma’rûf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh’s Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihad)

"JANGAN SUKA BERTANGGUH NANTI RUGI..BERTANGGUH ITU LENGUH "

Mulakan sekarang!! Kalau DUIT yang anda cari..ambil peluang buat duit yang ada di sini dari yang PERCUMA ataupun ke modal setinggi2nya ( tapi taklah tinggi sangat..itupun seram!! kehkehkeh )

# Nota kaki ciksue : DI MANA ADA KEMAHUAN PASTI ADA JALAN, INSYAALLAH!!

08 June, 2010

RESDUNG..

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong, kerang dan juga ketam.

PETUA RESDUNG 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX ( atau apa2 jua brand yg sewaktu dgnnya ) 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

PETUA RESDUNG 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

PETUA RESDUNG 9
Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 10
Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.

# Nota kaki ciksue: Selamat Mencuba yer...

04 June, 2010

JUBAH ABAYA DUBAI : PRE-ORDER 18.06.10

Ciksue Rongak nak jual JUBAH DUBAI la plak...hehehe.. Mana tau ada yang nak cari untuk tambah koleksi atau untuk dipakai masa Terawikh atau Hari Raya..untuk bagi hadiah kat sesiapa pun boleh..

JUBAH DUBAI ( Hitam )
RM100 ( termasuk caj POSLAJU )
- Kain sejuk dan berat so cantik ajer lah kalau pakai..tak panas
- Corak & Warna Bunga ada macam2
- Saiz : S/M/L/XL
- 50% pembayaran untuk sah kan order. dan baki 50% sebelum penghantarannya ( Jubah dah ready Ciksue akan bagitau )

Oleh kerana ianya PRE-ORDER jadi Ciksue perlukan deposit 50% dari nilai rega dia..bukan apa selalu sangat kena tipu. Ciksue layan yang serius nak beli ajer tu yang kena bagi deposit tu.

Cara buat pesanan :
SMS/Call : 012-6401301 ( cepat sikit dapat infonya )
Bagi detail2 seperti nama manja ewah!! jumlah unit dan saiz yang dikehendaki. Lepaih tu tentang pembayaran depositnya Ciksue akan bagitau kemudian hanya kepada yang serius nak beli. Takmau nakal2 tau. Tuhan marah..


03 June, 2010

MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - Semasa duduk antara dua sujud. Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada ALLAH.



Rabbighfirli ( Tuhanku, ampuni aku )
Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari ALLAH seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni ( sayangi aku )
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah. Permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii ( tutuplah aib-aibku )

Warfa'nii ( angkatlah darjatku )

Warzuqnii ( berilah aku rezeki )

Wahdinii ( berilah aku petunjuk )

Wa'Aafinii ( sihatkan aku )

Wa'fuannii ( maafkan aku )

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa BESARNYA NILAI SEBUAH DOA INI..Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

# Nota kaki ciksue: Sampaikanlah walaupun sebaris ayat..

02 June, 2010

HAFIZUDDIN: PERTAMA KALI AMIK PEKSA ...

Pejam celik pejam celik..Tak sangka hari begitu cepat berlalu dan meniinggalkan kita..Anakku yang sulung - Hafizuddin, tahun depan akan memulakan langkah ke alam persekolahan dia.. Tahun nie aku baru mentadikakan dirinya..( apa punya ayatla ibu nie hahahaha )..Agak lewat kalau dibandingkan dengan rakan2 yang sebaya dengannya..rata2 semua telah mengadeban hantar anak ker tadika dari tahun lepas lagi.. Takperla Hafiz kan..yang lepas biarkan berlalu..sekarang pikir ke depan..Masa aku dulu tak merasa pun tadika2 ni..harap akak2 aku ajer yang tolong ngajor mengenal huruf ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ dan aku suka huruf Z pasal sinonim ngan tido zzzzzzzzzzzzz...ngehngeh ngeh...apa daaa tido ajer sukanya..kang tidor terus kang..huhuhhu

Rasanya tak story pun masa awai2 dulu di saat aku yg kecut perut menghantar Hafizuddin pegi tadika..ngalah aku plak nak masuk sekolah..biasalah itu memang naluri seorang ibu..asyik takuttttt ajer sampai rasa nak terkentut2. Lebih2 lagi bila seminggu lepas dia bertadika tu cikgu dia jumpa aku, tanya aku macam2 pasal Hafiz..kenapa dia macam itu..macam ini..macam susah nak tangkap apa dia ajar..macam blur dan macam2 lagilah huhuhuhu..Lagilah aku kecut perut sampai tak tido malam pikir macam mana aku nak buat ngan Hafiz ni.. Ya Allah ..tolonglah aku..Tapi dalam kekalutan fikiran tu aku cam buntu nak buat apa2 pun..aku yang ajor Hafiz tiap malam..ternyata apa yang aku ajar dan katakan kat dia memang dia tak amik port pun..asik gelak ajer.. Apa lagi bila aku rasa cam tertekan tengok Hafiz cam tak peduli dan amik serius dengan apa yang aku ajar..zassssssss!!! Rotanla apa lagi..Tapi kali tu ajerlah..Sebab aku tak bisalah nak merotan2 nie..aku gak yang nagis kang..Aku tanya gak isu ni kat kawan2 aku. ternyata mereka pun alami perkara yang sama gak..suka over2 risau gitew.padahal anak2 semuanya ok..COOL.. Siap lompat2 lagi huhuhu... Sememangnya mereka masih tak mengerti apa2..tau nak syiok ajer..Sabarlah..mereka perlukan masa. Budak2 seusianya masih perlu banyak belajar untuk mengharungi hidup..Ibunya nie pun umur dah 35tahun pun masih kena belajar belajar dan terus belajar..tiap ari ader ajer yang kena dibelajarkan..(ada ker perkataan macam nie? merosakkan bahasa tul ) kehkehkeh..jgn gunakan masa jawab soklan peksa plak yer...

Apa yang aku kagum dengan Hafizuddin nie..dia rajin..walaupun bahasa masih pelat2 gak bunyiknya..tapi dia memang rajin..Celik2 mata ajer dah ambil buku2 latihan latih tubi ABC dia tu yang sememangnya dia letak kat almari sebelah tilam dia sebelum tidor.. Dia pemalu dan senyap orangnya..Mungkin turun temurun dari perangai aku yang agak pemalu dan senyap orangnya nie hehehehe..Awai2 tahun dulu..hari2 la aku dok membebel kat dia.."Hafiz takleh malas2 kena rajin..asik tengok TB ajer..main main main..Belajarlar belajar..praktis.!!.Hafiz dah ketinggalan dari kawan2 Hafiz..jadi kena usaha ganda Hafiz uii bla bla bla bla.." Sian gak aku tengok dia terkebil2 tengok aku. Tak pastilah terkebil2 tu disebabkan apa..kerana habuk ker atau tempias air liur yang keluar dari mulutku tu hehehe.. Terkadang dengar gak suara dia merengus cam memberontak ajer..Nampak ajer senyap..tapi bila marah dan angin hahahaha..aku pun takleh nak cakap apa dah.. Maaflah Hafiz, ibu tau ibu salah..masukkan ko lewat ke tadika tu.. Ibu buntu ibu keliru.."keliru keliru '- nyanyi cam Papa Rock Ramli Sarip..jrengg jrengggggggg...

Tapi takper..Ibu tau Hafiz memang budak yang pandai.. Well cucu Tok Aji Leman la katakan!!!..Kalau tak pandai kita belajar dan terus belajar bagi pandai.. Tak belajar mana nak pandainya kan..Bila aku dapat memo dari tadika dia, yang dia akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dari ( 24.05.10 - 27.05.10 ).. Laaaaaa tadika pun ada peksa rupernyer..ingatkan takder kakakakaaka... Lagilah aku kecut perut bila pikir pasal peksa nie...Bila aku cakap kat Hafiz, yang dia akan ada peperiksaan..Dia angguk ajer..tapi aku tak taula dia faham tak apa itu "PEPERIKSAAN" huh..!! Mintak2 segalanya okes..Semasa minggu peperiksaan Hafiz, aku kat opis siap tak tenteram lah dok pikir leh ker dia jawab soklan peksa tu..Bila balik umah tanya dia ok ajer..Bila aku tanya "Susah ker soklan peksa Hafiz?" dia jawab susah!..sian aku tengok.. Tapi aku jadi keliru lagi bila aku tanya "Senang ker Hafiz soklan peksa tu?" Senang plak jawabnya...huhuhu... Perlukan aku terus menyanyikan lagu Papa Rock itu...warghhhhhhhhh!!!

Semalam..lepas aku solat Maghrib, Hafiz tunjukkan pada aku kertas peperiksaan dia yang siap dirait oleh cikgu dia. Dup dap dup dap..Wahh!! Hafiz anak ibu.. Pandainya..aku tak sangka plak dia leh buat rupanya..walaupun taklah semua paper 100%..Aku bangga sebab dalam masa 6bulan dia leh buat semua tu dan Pagi tadi aku tanya cikgu dia pasal nie.. Cikgu dia kata, keputusan boleh tahan jika dibandingkan dengan rakan2 dia yang lain dan yang telah awal masuk tadika. Alhamdullillah!! Ibu bangga dengan Hafiz.. Lain masa tingkatkan lagi yer.. Especially bila mewarna tu ..Kemaslah sikitttttttttttt..!! Comot je ibu tengok!!! Ibu dulu Lukisanlah yang tiptop tau kakakaka....

Meh kongsi keputusan peksa Hafiz,








































Bagus Hafiz..Bangga ibu tau!! Iyerla aku memang tak yakin dia leh buat.. Keputusan mestilah tak berapa nak ok kot.. Tapi aku banggalah sebab macam2 tu pun dia leh buat, walaupun memang banyak main ngan tengok TB ajer aku tengok...Caya3 hehehe..Ibu ajer yang dok risau Hafiz uii..apa2 pun mana yang lemah tu kena tingkatkan okek.. Ibu akan cari jalan macam mana....Mungkin keputusan peperiksaan dia nie tak segemilang dan secemerlang mereka yang 100% score..tapi dengan sikap dia macam acuh tak acuh ajer bila belajar tu buat aku raaa takut ajer.. dan tak sangka dapat keputusan yang boleh dibanggakan lagi mengembang ngempiskan lubang idungku dan lubang idung Amirul jugakk..kakakakaak

EVERYBODY..PEACE YO!! PEACE!! teheheheh..










# Nota kaki ciksue : Aku masa belajar dulu.. memang tak suka ngan PEPERIKSAAN.. kenapalah kena hadapinya jugak..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Dush! dush! dush..! Tak boleh ker belajar ajer..takyah peksa2..Perit siot nak periksa..lebih2 lagi banyak yg tak diprepare dan juga spesisku yg jenis study last minute ...lagilaaaaaaaaaa seksa kehkehkeh. tapi kita kenalah paham..kenapa kena amik peperiksaan.. Sebab dari situlah dapat menguji sejauh mana kemampuan kita dan pemahaman kita kepada sesuatu..uji IQ gitu..Selamat Menghadapi Peperiksaanlah ye semua..

01 June, 2010

CUTI SEKOLAH NI -->> BANYAK NYER KENDURI KAWEN....JODOH MEREKA DAH SAMPAI..ALHAMDULLILLAH

Lom kahwin? Lambat dapat jodohla tu? Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa,dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang juga menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput,namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dengaan pandangan hati....kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga....

# Nota kaki ciksue : Hargailah pasangan (jodoh) korang. Sayangilah dia kerana dia ciptaan dan kurniaan terbaik dari Nya.. Artikel di atas ni isinya kita selalu terlepas pandang.. Moh kita muhasabah diri.. Buat yang tak jumpa jodoh lagi tu..sabar yer.selalulah berdoa..Insyaalah akan Allah makbulkan gitew..Amin