15 June, 2010

SIKAP BERTANGGUH.... SANGAT MERUGIKAN!! BETUI TAK?

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” – Pablo Picasso

Kata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sanggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.

Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika sedikit. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang konsep seumpama ini.

Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dahulu.

Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?
Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1 .Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4.Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5.Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh.

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. BERTANGGUH ADALAH PENCURI MASA DAN UMUR SESEORANG. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku di peringkal awal agar mencukupi masa untuk membetulkannya. Oleh itu bagi diri Anda membentuk sikap positif itu haruslah dilakukan sekarang agar ia dapat memberi ruang meningkatkan prestasi diri tanpa berasa bosan atau menggunakan faktor masa sebagai alasan.

Yakin terhadap kebolehan diri: Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan hasilnya. Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah, tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika dibandingkan dengan orang lain

Hayatilah masa dan PELUANG dengan sebaik mungkin.Berani mencuba untuk kebaikan Hayatilah Firman ALLAH Surah Al-Asr

By Al-’Asr (the time).Verily! Man is in loss,Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma’rûf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh’s Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihad)

"JANGAN SUKA BERTANGGUH NANTI RUGI..BERTANGGUH ITU LENGUH "

Mulakan sekarang!! Kalau DUIT yang anda cari..ambil peluang buat duit yang ada di sini dari yang PERCUMA ataupun ke modal setinggi2nya ( tapi taklah tinggi sangat..itupun seram!! kehkehkeh )

# Nota kaki ciksue : DI MANA ADA KEMAHUAN PASTI ADA JALAN, INSYAALLAH!!

No comments: