30 April, 2010

KLIK KAT SENAH 40sen..

Jana Pendapatan Hanya Dengan KLIK!
“Sambil Menjana Pendapatan Konsisten Dengan ezReload, Bina Empayar Internet Anda Sendiri!”
HALAL - MUDAH - TELUS
Kini Dengan Teknologi AnanaMobile!

Secara ringkas dan tepat, straight to the point, mahukah korang menjana pendapatan...

* ...yang DIJAMIN HALAL dari sudut syarak?
* ...yang konsisten (berterusan dan berpanjangan)?
* ...yang hanya melibatkan 2 langkah mudah?
* ...dengan bantuan dan tunjuk ajar penuh?

Daftarlah sebagai ahli ezReload dan khabarkan kepada rakan korang. (Inilah 2 langkah mudah yang disebut di atas tadi, mudah bukan?)

AGENDA: Mendaftar Seberapa Ramai Ejen ezReload
Pihak ezReload berpendapat ejen berkualiti datang dari sekumpulan ahli yang ramai. Ahli yang ramai pula datangnya dari berita sensasi yang hangat dan berpanjangan diperkatakan orang.

Oleh itu amat penting bagi pihak ezReload untuk mendapatkan seberapa banyak publisiti dalam mencapai objektifnya. Disebabkan demikian, anda DIBAYAR dengan hanya meminta rakan korang KLIK masuk ke laman ini!

Manfaat korang Sebagai Ahli
* Orang KLIK, korang dapat duit!--best2
* Orang mendaftar, korang dapat duit!-- best2
* Korang menjual kredit topup, korang dapat duit!--best2
* Downline sehingga 4 level menjual kredit topup, korang dapat duit lagi!--best2

Untuk keterangan lanjut..silalah KLIK..silalah silalah..
KLIK jangan TAK KLIK
( Jangan marah2..jangan angin2. Tak mo join pun takper..Tolong KLIK ajer pun dah ok kerana korang telah penuhkan "tabung" ku dengan 40sen!! tanpa keluar apa2 modal tu..modalnya korang hanya KLIK ajer..)

Terima Kasih yer korang kerana meluangkan masa dan KLIK korang!!

Apa2 pun SELAMAT MAJU JAYA YER..

Photobucket

28 April, 2010

TINGKAP JOHARI (TJ)...

Hehehe apa kejadahnya "Tingkap Johari" ni..Apa istimewanya TINGKAP JOHARI ni sampai diperkatakan..Apsal tak guna pakai ajer Tingkap Jemaah ( nama mak aku Jemaah hehehe ) Emmm..mari aku citer sikit dari hasil bacaan aku semalam tentang "Tingkap Johari" ni, yang aku pasti bukan tingkap kat rumah Johari hehehehe..Kalau korang ingatlah, masa dolu2..masa kita sekolahkan selalu sangat diajukan soklan "Siapa aku?" atau lebih manis dan bertatasusila "Siapa saya?". Soklan macam nie nampak agak kacang dan mudah bunyinya tetapi aku rasa untuk memberi jawapan yang tepat ia mungkin akan mengambil masa gak ni huhuhu. yang aku pasi, jawapan yang paing mudah un ialah kita terangkan nama penuh, pangggilan manja hehehe, asal, umur, tempat lahir, nama mak, nama abah gitew kan.. Tapi persoalannya adakah jawapan tu mewakili diri kita yang sebenar-benarnya? Atau kata lain yang lebih mencabar, adakah kita benar-benar mengenali diri kita sendiri..

Inilah yang cerita pasal TINGKAP JOHARI ni tadi..Memang ada kaitan.
TINGKAP JOHARI ialah satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham.. Kiranya nama kombinasi mereka berdua nie JOHARRY..tapi dah dimelayukan jadilah JOHARI gitew. TJ menunjukkan sifat2 diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah, ia akan melibatkan tingkap2 yang lain..EEmm paham ker gamaknya..?? Meh sambung balik..Apa perkara2 yang kita sedari tentang diri kita dan ada juga perkara2 yang kita tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain..

TJ ni terbahagi kepada 4 tingkap.
Tingkap 1: ( BEBAS )
Mewakili diri korang yang akan diperlihatkan kepada orang lain seperti tadilah yang kat atas tu, nama, keluarga, tempat tinggal. maklumat2 yang korang kongsi dengan orang lain adalah selamat dan korang rasa tak mengamcam apa2 pun kan..

Tingkap 2: ( TIDAK SEDAR )
Mewakili diri korang yang korang tidak tahu dan tidak sedar tetapi disedari oleh orang orang..Orang2 disekitar korang. Seperti tingkah laku korang, kesan suara @ bahasa yang digunakan, Gaya berjalan ker. Kata lain korang tak dapat nak nilai sendiri, tetapi orang lain yang menyedari dan menilainya daripada apa yang mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan korang.. Contohnya bau mulut busuk ke, bau ketiak masam ker..ha gitulah..kita bukan sedar pun..sian orang2 keliling kita hehehe...

Tingkap 3: ( TERSEMBUNYI )
Mewakili diri korang yang tidak mahu diketahui oleh orang lain dan anda jaga dengan rapi-maklumat peribadi yang rahsia nie. Korang tidak suka apabila orang lain tahu dan mencungkilnya. Contohnya perasaan korang terhadap seseorang @ sesuatu, rahsia yang dipendam, keinginan dan angan2 ker. Korang akan rasa terancam apabila rahsia2 atau perkara2 berkenaan yang korang pendam, cuba dicerobohi oleh orang lain..

Tingkap 4: ( TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG )
Mewakili diri korang yang korang sendiri tidak ketahui. Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawa sedar mungkin timbul melalui mimpi, gerak hati dan hipnosis. Hanya Allah yang tahu.

Apabila sesuatu perhubungan telah bertambah mesra..ala-ala tagline Bob-AF tu, korang akan lebih memberi maklumbalas dan pendedahan diri korang tanpa ragu2 kerana terdapatnya soal kepercayaan kat situ kan..

Dengan ini bila Tingkap 1 dah besar maka mengecillah tingkap2 yang lain..Ate dah interaksi dan hubungan menjadi menjadi rapat, korang akan lebih rela berkongsi pendapat, perasaan dan lain-lain serta memberitahu kepada rakan-rakan korang.Kan..kan..Dengan cara ini maka teguhla lagi hubungan sesama korang dan orang-orang keliling korang..Berapa banyak korang daaa..So sejauh mana keserasian korang ngan orang-orang dikelilng korang?? Dan bagaimana korang berkomunikasi..Meh pikir..

Carta TINGKAP JOHARI, romannyer camni:
( Korang transelatelah sendiri ..hehheehe )

26 April, 2010

AII BERSIHNYA BOTOLKU...

Sure tensenkan bila kenkadang botol susu anak2 kita atau botol air kita tu susah nak dibersihkan di bahagian dalamnya..Kadang angin sampai terpikir nak buang ajer..hahaha..Korang jangan buang.. Ada caranya ni lebih mudah tak perlu modal banyak2. Korang isikan segenggam beras di dalam botol tu dan masukkan sedikit air. Beras tu tak kisah la beras jenis apa..semua boleh..cuma rasanya beras pulut agak kurang sesuai sikitla heheheh. Peh tu korang goncang2 macam minuman shake tu hahahahah.. Dah rasa cam pueh hati tu korang bilaslah. Insyaallah yer..kotoran degil yang dok bertenggik kat dalam botol tu akan hilang bersama air bilasan botol tu tadi..


Selamat mencuba..

23 April, 2010

TIPS BERKOMUNIKASI....

SUAMI & ISTERI

Kata orang tua-tua, SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA SUAMI ISTERI. Memang jarang sangat kita dengar pasangan suami isteri tak pernah bertengkar atau bergaduh sepanjang hidup bersama. Dan kebanyakan pertengkaran atau pergaduhan suami isteri yang tercetus bermula dari perbualan. Disini ada sedikit panduan komunikasi bagi menghindari pertengkaran atau pergaduhan suami isteri.

1. Jangan berbual ketika tubuh letih kerana kekurangan oksigen dalam tubuh boleh menyebabkan salah seorang takder angin sekaligus memang boleh naik angin..heheh

2. Isteri seharusnya sentiasa berpenampilan kemas kerana jika berkeadaan kusut masai akan menyebabkan suami bukan sahaja takde mood nak berbual, nak jeling pun rasa mual..

3. Cepat-cepat mengalah bila bercakap serentak dan jangan sesekali tak nak kalah bila bercakap, lebih-lebih lagi kalau buat salah.

4. Pastikan keselesaan dan keindahan di dalam rumah sentiasa nyaman kerana jika rumah macam sarang tikus memang tak selera nak bercakap pun..

5. Sampaikan mesej dengan jelas. Maksudnya kalau nak duit belanja dapur tak perlulah bermadah atau berpantun pantun panjang jela..huhu

6. Mintak penjelasan kalau tak faham. Tapi kalau tak faham jugak, buat-buatlah faham supaya tak timbul salah faham. Faham?

7. Selitkan lawak jenaka bila berbual tetapi jangan berbual sambil melawak terutama melibatkan perkara yang serius..

# Nota kaki ciksue : Sayangku Saiful Hasnan Saaibun ( wahh!! letak nama penuh lagi)..Semoga rumahtangga yang kita bina ini kekal bahagia hingga hujung nyawa & mendapat keredhaan-Nya dunia akhirat. Amin. Sayangggggggg Abah.......( ikut style cakap Hafiz & Amirul )hehehe

MISTERINYERR....huhuhuhu

"Alamak.. mana jalan keluar ni?". Aku merungut keseorangan. Kiri, kanan, depan dan belakang aku semuanya pokok. Sah!! Aku memang dah sesat. Sengsorang lak tu kat dalam hutan tebal ni.. Hiskkk!! Kengerian mula menyelubungi diriku..Aku terus ,eredah hutan tersebut. Arah mana yang aku tuju, aku sendiri pun tak pasti lagi. Perut aku pulak dah lapar gila ni..Arrrgh!!! Mana jalan keluar ni?!!Krakk!!Tetiba aje aku terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak sesuatu. Ranting dipijak sesuatu??? Sapa plak yang pijak? Harimaukah? Ataupun puaka hutan inikah? Hishh!! Hati aku dah rasa macam tak sedap ajer. Rasamacam nak nangis pun ada jugak. Tiba-tiba mata aku terpandang kepada kelibat seorang tua. Janggutnya panjang sehingga mencecah pusat dan dia membawa sebatang tongkat.

"Pakcik, tunggu?" Aku segera berlari ke arah orang tua itu.
"Pakcik, tolonglah saya. Saya tersesat..tak dapat jumpa jalan keluar ni." Aku berkata dengan bersungguh-sungguh.

Orang tua itu langsung tidak bersuara. Dia memandang aku dari atas ke bawah. Anak matanya seolah-olah mengisyaratkan aku supaya mengekorinya dari belakang. Hairan..siapa orang tua ni? Apa yang dibuatnya di tengah-tengah hutan ini? Tiba-tiba hatiku berdetik.. Penghulu Bunian!! Mungkinkah orang tua itu adalah Penghulu Bunian sepertimana yang diceritakan oleh orang tua di kampung aku tu?

"Err..Pakcik, kita nak kemana ni?" Aku bertanya dengan lembutnya. Orang tua itu masih lagi tidak bersuara. Dia terus melangkah dengan tenang..dan aku yang takder pilihan lain ni terpaksa mengekorinya dengan penuh suspen..Akhirnya aku dan orang tua tersebut sampai di sebuah rumah kampung. Rumah tersebut kelihatan cantik dan indah. Mungkinkah ini istana bunian? Kepala otak aku sudah mula membuat andaian. Orang tua tersebut merenung ke arahku dan dari pandangan matanya itu seolah-olah dia mempersilakan aku naik ke rumahnya. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut, lubang idung aku kembang kempis menangkap bau sesuatu yang amat menyelerakan. Bau ikan masak asam pedas. Perghh!! Perut aku dah mula meronta-ronta minta diisi. Aku segera mengekori orang tua tersebut menuju ke dapur rumahnya.

Bagaikan dalam mimpi.. dihadapan aku kini telah tersedia hidangan makan tengahhari yang amat lazat-lazat. Seorang perempuan tua kemudiannya muncul sambil membawa minuman dan diletakkannya di atas meja. Bagaikan ada satu kuasa ajaib mendorong aku untuk duduk bersama-sama lelaki dan perempuan tua itu menghadap hidangan yang lazat-lazat itu..

Masa aku hendak menyuap nasik, tiba-tiba je aku teringat pesan atuk aku dahulu. Orang bunian ni banyak muslihatnya. Makanan yang dihidangkan bukan makanan sebenar. Mee yang dihidangkan sebenarnya adalah cacing tanah dan nasik yang dihidangkan pun adalah dari najis-najis cacing tersebut. Begitulah dia sebahagian daripada petikan kata-kata atuk aku tu. Aku tak jadi untuk makan. Apa pun aku mesti dapatkan kepastian daripada lelaki dan perempuan tua ini. Aku kuatkan semangat untuk bertanya.

"Err..pak...cik..makk..cik" Aku memulakan kata-kata. Kedua-dua mereka terhenti mengunyah dan memandang ke arahku.
"Err..adakah pakcik dan makcik ni..orang bunyian?" Aku bertanya dengan suara yang lembut dan terketar-ketar. Lelaki tua itu merenung aku dengan tajam. Alamak!! Dia marah ke?! Matilah aku..
"Orang bunian kepala hotak kau! Aku ni BAPAK engkaula bongok!! Haa tulah kau!! Asal nak ngisap dadah ajer masuk hutan. Bila dah mamai macam nie, babak ngan mak engkau sendiri pun ko dah tak kenal!!!"

Hah, bapak? Alamak!! Baru aku sedar, orang tua tu bapak aku rupanya dan perempuan tua itu mak aku. Aiseymen..kantoi..dan akibat dari kebanganggan aku tu, aku telah ditomoi dek bapak aku sehingga aku cedera parah. Padan muka aku!! Dan dipendekkan cerita, aku pun terus insaf dan bertobat..Aku dah bertobat..!!

# Nota kaki ciksue : Jangan ngisap DADAH!!! Menyusahkan semua orang ajer!!

20 April, 2010

Cuci-cuci Filter A BIO-AURA..

Meh tengok rupanya filter A BIO-AURA rumah aku..
( Gambar nie adalah yang original..tidak ada super2 imposenyer hehehehe..)

Tebalkan karat tu.. tak sampai pun 2 bulan ni..
Time cuci nie ada sikit bau cam hameh..tapi takleh nak upload baulah plak kat sini eyarkkkk..









Maleh nak taip banyak.. Pilihan di tangan korang sendiri.. Gunalah filter air kat rumah korang.. PLEASEEEEE..laa!! Jangan aniaya diri korang dan ahli keluarga korang..okek..

Bukan nak promote BIO-AURA..buat yang masih takder filter air, dapatkanlah 1 unit BIO-Aura sekarang..Call ciksue okek!!

19 April, 2010

INSAN HEBAT diraikan...

"Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan" - Donald Trump

Jumpa di PUNCAK KEJAYAAN, Insyaallah

MAJLIS PENGANUGERAHAN SM & SSM RAKANKONGSI
Tarikh : 17 April, 2010
Tempat : Menara PGRM, Kuala Lumpur

Anda akan dirai atas pencapaian yang anda lakukan..
( SYABAS!! Syabas Inspektor Shahab..heheheheh )











( Wahh..ramainyer orang-orang HEBAT..!!)






























































Sesungguhnya KEJAYAAN itu adalah PILIHAN Dan KEGAGALAN juga adalah PILIHAN.Percayalah, apa yang berlaku pada kita sekarang adalah keputusan yang kita buat dahulu. Dan apa yang akan berlaku di masa hadapan kita adalah bergantung kepada keputusan kita hari ini..

Jom sertai kami..Satu PELUANG yang sentiasa terbuka untuk anda..Anda tidak terlewat untuk menyertainya..Dan mula melakar kejayaan selangkah demi selangkah..kerana kita sememangnya dilahirkan untuk jadi INSAN HEBAT..

# Nota kaki ciksue : Wahh!!! meriah meriah meriah..Ngalahkan Majlis Konvokesyen plak..Seronok..Jom kita kongsi sama-sama..Jom.."Hanya kerana filter air & korset...Mereka diraikan" huhuhu (syahdunya )

16 April, 2010

AL-QURAN BOLEH SELAK-SELAK..

Hanya memanjangkan.
Memang real - Alhamdulillah

Salam untuk semua.

Ciksue dapat dari inbox email ni. Dari seorang hamba Allah yang ciksue tak kenal.Ini adalah HADIAHnya untuk tatapanku & saudara ku sekelian.Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.

Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu,boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.

KLIK DI SINI.
http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html

Hadiah utk kamu semua. Tak payah beli quran. Tapi jangan langkah komputer ni.Buatlah macam senaskah qura'an juga.Kalau pun malas nak ambil qura'an atau Untuk kaum perempuan kalau yang datang haid dah tak menjadi masaalah..Sekurang2 nya kalau di pc ni boleh klik saje.

Selamat membaca.Semuga yang mencipta QURAN FLASH ini mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH..Allahuakbar..

15 April, 2010

KENA KENCING DAA...

Satu kisah dari diari seorang teman:

Sebenarnya gua nak citer kat korang semua, pengalaman gua masa dedulu. Orang tua-tua kata, surau kampung gua, ada jin yang menjaganya. Semati-mati gua dan kawan-kawan percaya, walaupun sebenarnya kami dikencing oleh orang tua-tua tu. Untuk mendapatkan kepastian, kami bercadang untuk tido di surau pada malam Jumaat barulah ada feel. Mulanya tiada apa yang ganjil berlaku sehinggalah tiba-tiba..kami terdengar pintu surau macam dibuka orang. Berpeluh-peluh kami menanti. Dalam kesamaran kami nampak, jin tu tak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sahaja. Tiba-tiba.."Jenal, mari balik. Ada rumah ko tido dekat surau!"..Alamak bapak gua rupanya huhuhu...


Dekat sekolah pulak tu, ustaz ada kata, di tanah perkuburan di sebelah jalan raya ada satu kubur yang bercahaya, betul-betul di tepi jalan raya. Mungkin kubur itu kubur orang alim agaknya. Apalagi gua dan kengkawan satu kepala bercadang untuk melihat sendiri pada malam nanti. Malamnya, memang betul seperti ustaz kata. Memang ada satu kubur tu, terang betul hingga jelas kelihatan pada waktu malam. Mulalah kami memasang angan-angan, nak kubur macam tu bila mati nanti? Tapi......alamak, bila kami pandang ke atas, kena kencing lagi daa..rupa-rupanya dekat sebelah kubur tu ada lampu jalan. Patutlah kubur tu terang semacam.

# Nota kaki ciksue : Ayuh kita perbanyakkan amalan dan menjaga ibadat kita agar kubur kita nanti diterangi cahaya..Bukan cahaya dari lampu jalan atau spotlight yang dibikin sendiri yer..

14 April, 2010



Berita indah dan best untuk pelayar-pelayar internet..

Pernahkah Google dan Yahoo membayar korang apabila korang menggunakan enjin carian mereka didalam internet?
Ya.Jawapannya sudah tentu tidak pernah.

Tetapi kini tidak lagi kerana korang akan dibayar apabila menggunakan enjin carian kerana ada sebuah syarikat enjin carian yang baru dibuka telah bermurah hati membayar anda setiap kali anda menggunakan enjin carian mereka. Enjin carian yang aku maksudkan itu ialah mylook.

Daftar percuma di mylook dan korang akan dibayar apabila mengunakan enjin carian mereka,betui ker idak nie.. Moh kita cuba..Yang pasti FREE jer nie..diulang FREE..tak rugi pun daftar pasal..FREE..FREE..FREE..FREE la weyyyy..Tunggu apo lagi..Moh kiter..

http://mylook.com/join.php?x=135769

13 April, 2010

uii banyaknya wit dia..huhuhu

Semalam lepaih magrib aku dgn rasa ceria dan sukahatinya, cam biasalah ngantor hafiz g tuisyen merangkap gi makan-makan ngan asben dan amirul aku..ala gi pekena roti canai ngan minum teh tarik..Suka sangat roti canai amirul aku nie..aku nak tebar tak reti plak..kang guna talam dok tebar kang..tak selera plak nak makan kehkehkeh..( masa aku kecik-kecik dulu mak aku tebar ateh talam ajer..aci tarik2 ajer doh tu hehehe terkenang-kenang aku..kuikuikui )..ala kalau setakat nak makan 3-4 keping tu ..rasa cam tak best lak nak tebor kan..ahh order ajerla..senang idup..
tengah dok menghirup teh tarik tu..pandangan aku tertarik kat satu kelibat seorang makcik nampak cam buat satu aktibiti mengutip duit pelanggan-pelanggan kat situ..atau dengan kata lainnya meminta sedekah..

Dari satu meja ke meja dia pergi..aku tengok busuk-busuk orang hulur 1henggit... Aku amat-amati makcik tu..range umur aku rasa around 50 la kot..baju oraight taklah lekeh norr..makcik nie aku biasa nampak kelibatnya dalam sebulan sekali kat area tu..timbul gak niat ati nak belanja makcik tu makan roti canai ker nasik lemak ker!! ok gak..tapi aku rasa makcik tu perlukan sangat duit cash kot senang guna untuk anak-anak dia..MUNGKIN!! aku pun dok hanya mengandai ajer..sebab aku pun tak kenal makcik tu pun..Leka ajer aku tengok gelagat makcik tu yang seolah-olah dia tahu aku dok memerhatikan dia..Cuma aku macam tak berapa nak berkenan cara dia nak minta wang dari orang ni..dia hanya menghulurkan tangan..tanpa berkata apa-apa..tanpa melihat orang yang dia minta tu..hulur tangann ajer tu..dok tunggu sampailah orang hulur..kalau tak hulur dia dok tarik muka..bengang la tu kot..

Nampaknya tibalah giliran aku. Aku tengoklah kalau-kalau ada duit sehinggit dua ker kat beg duit syiling aku..emm ada nampaknya duit kecik..aku pun hulurkanlah 2henggit kat makcik tu ..tanpa menerima ucapan terima kasih..makcik tu pun berlalu ke meja belakang aku..dan aktibitinya sama juga seperti tadi..Hangit gak aku bila dia tak cakap terima kasih..tapi tak baiklah plak nak ungkit-ungkit kan..dah sedekah ..biarlah iklhlas tu..amiklah ..memang rejeki makcik tu untuk malam nie..

Habes ajer roti canai dan teh tarik ku bedal..Masa untuk ambil hafiz..beransur la apa lagi dah lewat dah..esok nak kejer..Sambil berjalan memegang tangan anak aku, aku pun menyanyi lagu Wali Band yang tengah meletop tu dengan anak aku yang buat lirik ikut suka dia ajer huhuhu.. Sedang aku melalui lorong rumah kedai tu aku ternampak kelibat makcik yang meminta sedekah tadi..Dia tengah dok kat tangga sambil mengira hasil kutipan dia rupanya..Dia tak perasan aku lalu slow motion sambil dok memerhatikan ajer dia mengira wit tu..Wahh mak aii..beropeh-ropeh tu..ada yang sudah cantik di gulung dan diikat..Seimbas pandang aku ada secekak gulung warna hijau dan secekak gulung warna biru..agak2 korang berapa nilai semuanya?? Aku agak makan-makan dekat 100henggit gak tu..ke lebih??? Kalau semalam 100henggit..kalau 30hari non-stop?!! OMG!! Dengan hanya berjalan dari meja ke meja..dan hulurkan tangan dia leh dapat RM3000 sebulan...!!! Lagi lumayan dia dapat berbanding dengan aku yang sesambil ajer wat business melalui internet nie.. Nak aje aku mintak makcik nie join business online aku..muahahaha...ala 50henggit ajer, apa la sangat kan makcik berbanding RM3000 yang makcik dapat sebulan tu hehehehe...

Rakyat Malaysia nie memang seorang yang pemurah..pasti ada yang menghulur kalau diminta..Tapi aku rasa kalau anggota badan sihat waalafiat leh buat kerja untuk mencari duit..carikla..tak yahla nak minta-minta..Tapi mungkin itu ajer cara mudah untuk dapatkan duit..Manusia zaman sekarang memacam..Suka sangat amik kesempatan..Apa-apa pun tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang memintakan..

# Nota kaki ciksue : (Sambil tenguk beg duit) Duitku..bilalah nak "beranak" nyer huhuhu

06 April, 2010

Aku suker kerja aku..tetapi..

Majoriti sekarang nie wanita seperti aku nie punya kerjaya sendiri selain daripada kerjaya wajibnya yang di rumah nun.. Yerlakan..selain asben yang kerja, si isteri macam aku nie pun kerja gaks lah..dok KL nie kalau asben kerja ngan income bulanan LEBAT oklah kot kalau si isteri nak goyang kaki jer kat umah..konsentrate keje umah tangga ajerla..Aku nie yang sejak azalinya suka bekerja dan mempunyai komitment yang banyak sejak membujang lagi so kira unfairlah kalau aku tak kerja dan membiarkan asben aku tanggung semua komitment aku tu kan..so give and take lah..aku kerja nie at least aku leh bantu asben aku nambah pendapatan seisi rumah kami..Alhamdullillah rejeki tak pernah putus..walaupun kadang-kadang tu memang tersekat-sekat dan tersengguk-sengguk jugaklah..huhuhu...

Tak taulah orang lain..macam aku, aku sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk syarikat tempat aku bekerja nie..walaupun level gaji aku rasa tak sepadan dengan kerja, walaupun aku tak berapa nak setuju dengan perangai dan attitude bos aku tu, tapi aku bersyukur kerana dari dia aku banyak belajar tentang hidup nie walaupun aku rasa cam banyak mengumpat dia ajer hahahaha.. Anyway terima kasih bos..kalau bukan kerana bos tiap bulan takderla aku melarat anak beranak..leh tampung perbelanjaan harian sikit-sikit...leh bayaar duit bulanan keter, rumah, air, api mentenance..aduyai..banyak gak komitment nie..komitment lama pun tak abes...apa-apa pun alhamdullillah, aku rasa ada orang lain lagi yang nasib tak seindah aku ni..ada yang tak bekerja ada yang kerja buat "amal" ajer..sambil tiap bulan pun miss soru..walau macam mana pun aku ada anak-anak yang perlu aku sara dan aku kena bekerja..takkan nak lepas tanggungjawab pada asben aku ajer..sian asben aku tu kerja tengah-tengah panas..huhuhu

Penah aku dok sengsorang sambil congak-congak...Dari hari senin sampai jemaat..kerja aku..Bangun 5.30pg kadang terbabas gak ker 6.30pg huhu. Keluar umah kul 7.15pagi sampai opis dalam kul 8.00pg. Balik kerja dalam kul 6.00ptg sampai umah around 6.30ptg..brum brang brom brang ngan kerja-rumah yang tak abes-abes tu..tido kul 12.30pg..itulah rutin harian yang aku baru rasa membosankan bila ujung bulan yang tak tentu tarikh dan selalunya sampai termasuk bulan lagi satu baru merasa duit gaji hasil dari rutin kerja harian aku kat opis tu..Emm..10 tahun lebih yer cam tu..emmm..anak-anak makin membesar..perbelanjaan dan keperluan semakin tinggi tetapi gaji camtu ajer dan tak tinggi-tinggi..Aku kena mulakan dengan sesuatu..Aku pasti korang tak senasib dengan aku kerana aku tahu kawan-kawan aku terdiri daripada orang yang hebat dan lebat dari segi income nyer..tak giteww?? So tak adalah yang heiran kalau termiss 1 bulan gaji pun, gaji bulan lepas pun tak abes lagi..Alhamdullillah bagus2..korang memang hebat..kadang menimbulkan ke"jelous"san ku..Ada gak kawan-kawan aku kata aku nie cakap tak serupa bikin..tak susah mana, tapi kata susah...Susah sangat kerrr..!!! Kita kadang tak perlulah menunjukkan yang kita nie susah. Tak siapa yang nak ambil tahu pun kesusahan kita, dan aku pasti kalau kita senang semua orang nak amik tau..tak percaya aku kata ni?? Mulakanlah untuk mempercayainya kerana aku dah jumpa ramai orang yang sebegitu rupanya.

Dan sekarang ciksue nak berjinak2 intai peluang..
Nak mulakan peluang dengan Alkisahnya: nombor 50 dan 6..
Meh citer..Agak2 leh pakai ker..

01 April, 2010

SEMPURNAKAH akal kita..

Manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna dan kerana kesempurnaan itulah manusia dipilih menjadi khalifah di muka bumi ini. Kesempurnaan manusia adalah kerana akalnya. Manusia yang tidak sempurna akalnya maka tidak sempurnalah pula tingkah laku dan perbuatannya kerana...

# Suka menganiaya orang yang lebih rendah martabat darinya, orang miskin dan susah serta memperkecilkannya.

# Membesarkan diri kepada orang yang lebih tinggi martabat darinya dan memandang diri sendiri sangat baik dan mulia.

# Selalu berkata-kata tidak sopan kepada orang lain dan sentiasa mahu menang sendiri.

# Apabila melihat orang lain melakukan kesalahan, dia tidak melarangnya sebaliknya menghina dan mengeji orang tersebut.

# Sengaja melambat-lambatkan pekerjaan yang baik sebaliknya menyegerakan pekerjaan yang buruk dan batil.

# Apabila didatangi sesuatu kesusahan dan kesukaran dia tidak sabar menempuhinya dan tidak memohon bantuan dai Allah.

Betul aperrr......

Meh kita pikir pikirkan. Adakah kita nie kawan yang baik....... .?

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula..

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali..

11) Jangan lupa kawan jika anda kenal kawan baru

# Nota kaki cik sue: Bersahabatlah dgn org empunya blog nie kerana dia seorang sahabat yang paling best.. kenaper? x percaye yer? betul aperrr..hehehehe

BERITA GEMBIRA..1 peluang..

BERITA PANAZZ DAN TERKINI NI...

Bukan CUPCAKE..bukan KEK atau PIZA yang baru keluar dari Oben hehehe..tapi Satu Peluang baik ..
Jadi jangan ketinggalan untuk mendengar dan mengambil peluang ini:

HAI-O akan melebarkan lagi sayapnya. Atas selidik, kajian dan keperihatinan, pihak Hai-O telah memperkenalkan Pelan Pemasaran yang baru. Lebih CANTIKKKKKK lebih TERTARIK..MEMANG DEBOM lar hahahaha..Dan aku yakin semua mampu untuk jadi usahawan..jutawan dan yang penting TAK SAWAN lagi untuk mengeluarkan modal yang besar..EEmmm yer ker?? so apa lagi hantar mesage ajer untuk tau apa plan baru yang bakal meletop nie..JOM GRAB!!!

Call / sms/ mesage dan set appointment :
012-6208499 ( Mr. Saiful ) / 012-6401301 ( Mrs.Suhaila )

Berkuatkuasa 1hb April, 2010. Satu Peluang..Satu pilihan..Satu keputusan yang anda buat bakal merubah hidup anda.. Insyaallah.