28 April, 2010

TINGKAP JOHARI (TJ)...

Hehehe apa kejadahnya "Tingkap Johari" ni..Apa istimewanya TINGKAP JOHARI ni sampai diperkatakan..Apsal tak guna pakai ajer Tingkap Jemaah ( nama mak aku Jemaah hehehe ) Emmm..mari aku citer sikit dari hasil bacaan aku semalam tentang "Tingkap Johari" ni, yang aku pasti bukan tingkap kat rumah Johari hehehehe..Kalau korang ingatlah, masa dolu2..masa kita sekolahkan selalu sangat diajukan soklan "Siapa aku?" atau lebih manis dan bertatasusila "Siapa saya?". Soklan macam nie nampak agak kacang dan mudah bunyinya tetapi aku rasa untuk memberi jawapan yang tepat ia mungkin akan mengambil masa gak ni huhuhu. yang aku pasi, jawapan yang paing mudah un ialah kita terangkan nama penuh, pangggilan manja hehehe, asal, umur, tempat lahir, nama mak, nama abah gitew kan.. Tapi persoalannya adakah jawapan tu mewakili diri kita yang sebenar-benarnya? Atau kata lain yang lebih mencabar, adakah kita benar-benar mengenali diri kita sendiri..

Inilah yang cerita pasal TINGKAP JOHARI ni tadi..Memang ada kaitan.
TINGKAP JOHARI ialah satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham.. Kiranya nama kombinasi mereka berdua nie JOHARRY..tapi dah dimelayukan jadilah JOHARI gitew. TJ menunjukkan sifat2 diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah, ia akan melibatkan tingkap2 yang lain..EEmm paham ker gamaknya..?? Meh sambung balik..Apa perkara2 yang kita sedari tentang diri kita dan ada juga perkara2 yang kita tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain..

TJ ni terbahagi kepada 4 tingkap.
Tingkap 1: ( BEBAS )
Mewakili diri korang yang akan diperlihatkan kepada orang lain seperti tadilah yang kat atas tu, nama, keluarga, tempat tinggal. maklumat2 yang korang kongsi dengan orang lain adalah selamat dan korang rasa tak mengamcam apa2 pun kan..

Tingkap 2: ( TIDAK SEDAR )
Mewakili diri korang yang korang tidak tahu dan tidak sedar tetapi disedari oleh orang orang..Orang2 disekitar korang. Seperti tingkah laku korang, kesan suara @ bahasa yang digunakan, Gaya berjalan ker. Kata lain korang tak dapat nak nilai sendiri, tetapi orang lain yang menyedari dan menilainya daripada apa yang mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan korang.. Contohnya bau mulut busuk ke, bau ketiak masam ker..ha gitulah..kita bukan sedar pun..sian orang2 keliling kita hehehe...

Tingkap 3: ( TERSEMBUNYI )
Mewakili diri korang yang tidak mahu diketahui oleh orang lain dan anda jaga dengan rapi-maklumat peribadi yang rahsia nie. Korang tidak suka apabila orang lain tahu dan mencungkilnya. Contohnya perasaan korang terhadap seseorang @ sesuatu, rahsia yang dipendam, keinginan dan angan2 ker. Korang akan rasa terancam apabila rahsia2 atau perkara2 berkenaan yang korang pendam, cuba dicerobohi oleh orang lain..

Tingkap 4: ( TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG )
Mewakili diri korang yang korang sendiri tidak ketahui. Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawa sedar mungkin timbul melalui mimpi, gerak hati dan hipnosis. Hanya Allah yang tahu.

Apabila sesuatu perhubungan telah bertambah mesra..ala-ala tagline Bob-AF tu, korang akan lebih memberi maklumbalas dan pendedahan diri korang tanpa ragu2 kerana terdapatnya soal kepercayaan kat situ kan..

Dengan ini bila Tingkap 1 dah besar maka mengecillah tingkap2 yang lain..Ate dah interaksi dan hubungan menjadi menjadi rapat, korang akan lebih rela berkongsi pendapat, perasaan dan lain-lain serta memberitahu kepada rakan-rakan korang.Kan..kan..Dengan cara ini maka teguhla lagi hubungan sesama korang dan orang-orang keliling korang..Berapa banyak korang daaa..So sejauh mana keserasian korang ngan orang-orang dikelilng korang?? Dan bagaimana korang berkomunikasi..Meh pikir..

Carta TINGKAP JOHARI, romannyer camni:
( Korang transelatelah sendiri ..hehheehe )

2 comments:

BitsBest said...

good info...
Baru den tau dalam diri den ni ade tingkap2 Johari...ingatkan kt rumah dan opis den je ade tingkap :)

Ciksue?? said...

itu maknanya tingkap kat umah dan opis ko tak cukup glamer dik..hehehe