01 April, 2010

SEMPURNAKAH akal kita..

Manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna dan kerana kesempurnaan itulah manusia dipilih menjadi khalifah di muka bumi ini. Kesempurnaan manusia adalah kerana akalnya. Manusia yang tidak sempurna akalnya maka tidak sempurnalah pula tingkah laku dan perbuatannya kerana...

# Suka menganiaya orang yang lebih rendah martabat darinya, orang miskin dan susah serta memperkecilkannya.

# Membesarkan diri kepada orang yang lebih tinggi martabat darinya dan memandang diri sendiri sangat baik dan mulia.

# Selalu berkata-kata tidak sopan kepada orang lain dan sentiasa mahu menang sendiri.

# Apabila melihat orang lain melakukan kesalahan, dia tidak melarangnya sebaliknya menghina dan mengeji orang tersebut.

# Sengaja melambat-lambatkan pekerjaan yang baik sebaliknya menyegerakan pekerjaan yang buruk dan batil.

# Apabila didatangi sesuatu kesusahan dan kesukaran dia tidak sabar menempuhinya dan tidak memohon bantuan dai Allah.

No comments: