23 April, 2010

MISTERINYERR....huhuhuhu

"Alamak.. mana jalan keluar ni?". Aku merungut keseorangan. Kiri, kanan, depan dan belakang aku semuanya pokok. Sah!! Aku memang dah sesat. Sengsorang lak tu kat dalam hutan tebal ni.. Hiskkk!! Kengerian mula menyelubungi diriku..Aku terus ,eredah hutan tersebut. Arah mana yang aku tuju, aku sendiri pun tak pasti lagi. Perut aku pulak dah lapar gila ni..Arrrgh!!! Mana jalan keluar ni?!!Krakk!!Tetiba aje aku terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak sesuatu. Ranting dipijak sesuatu??? Sapa plak yang pijak? Harimaukah? Ataupun puaka hutan inikah? Hishh!! Hati aku dah rasa macam tak sedap ajer. Rasamacam nak nangis pun ada jugak. Tiba-tiba mata aku terpandang kepada kelibat seorang tua. Janggutnya panjang sehingga mencecah pusat dan dia membawa sebatang tongkat.

"Pakcik, tunggu?" Aku segera berlari ke arah orang tua itu.
"Pakcik, tolonglah saya. Saya tersesat..tak dapat jumpa jalan keluar ni." Aku berkata dengan bersungguh-sungguh.

Orang tua itu langsung tidak bersuara. Dia memandang aku dari atas ke bawah. Anak matanya seolah-olah mengisyaratkan aku supaya mengekorinya dari belakang. Hairan..siapa orang tua ni? Apa yang dibuatnya di tengah-tengah hutan ini? Tiba-tiba hatiku berdetik.. Penghulu Bunian!! Mungkinkah orang tua itu adalah Penghulu Bunian sepertimana yang diceritakan oleh orang tua di kampung aku tu?

"Err..Pakcik, kita nak kemana ni?" Aku bertanya dengan lembutnya. Orang tua itu masih lagi tidak bersuara. Dia terus melangkah dengan tenang..dan aku yang takder pilihan lain ni terpaksa mengekorinya dengan penuh suspen..Akhirnya aku dan orang tua tersebut sampai di sebuah rumah kampung. Rumah tersebut kelihatan cantik dan indah. Mungkinkah ini istana bunian? Kepala otak aku sudah mula membuat andaian. Orang tua tersebut merenung ke arahku dan dari pandangan matanya itu seolah-olah dia mempersilakan aku naik ke rumahnya. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut, lubang idung aku kembang kempis menangkap bau sesuatu yang amat menyelerakan. Bau ikan masak asam pedas. Perghh!! Perut aku dah mula meronta-ronta minta diisi. Aku segera mengekori orang tua tersebut menuju ke dapur rumahnya.

Bagaikan dalam mimpi.. dihadapan aku kini telah tersedia hidangan makan tengahhari yang amat lazat-lazat. Seorang perempuan tua kemudiannya muncul sambil membawa minuman dan diletakkannya di atas meja. Bagaikan ada satu kuasa ajaib mendorong aku untuk duduk bersama-sama lelaki dan perempuan tua itu menghadap hidangan yang lazat-lazat itu..

Masa aku hendak menyuap nasik, tiba-tiba je aku teringat pesan atuk aku dahulu. Orang bunian ni banyak muslihatnya. Makanan yang dihidangkan bukan makanan sebenar. Mee yang dihidangkan sebenarnya adalah cacing tanah dan nasik yang dihidangkan pun adalah dari najis-najis cacing tersebut. Begitulah dia sebahagian daripada petikan kata-kata atuk aku tu. Aku tak jadi untuk makan. Apa pun aku mesti dapatkan kepastian daripada lelaki dan perempuan tua ini. Aku kuatkan semangat untuk bertanya.

"Err..pak...cik..makk..cik" Aku memulakan kata-kata. Kedua-dua mereka terhenti mengunyah dan memandang ke arahku.
"Err..adakah pakcik dan makcik ni..orang bunyian?" Aku bertanya dengan suara yang lembut dan terketar-ketar. Lelaki tua itu merenung aku dengan tajam. Alamak!! Dia marah ke?! Matilah aku..
"Orang bunian kepala hotak kau! Aku ni BAPAK engkaula bongok!! Haa tulah kau!! Asal nak ngisap dadah ajer masuk hutan. Bila dah mamai macam nie, babak ngan mak engkau sendiri pun ko dah tak kenal!!!"

Hah, bapak? Alamak!! Baru aku sedar, orang tua tu bapak aku rupanya dan perempuan tua itu mak aku. Aiseymen..kantoi..dan akibat dari kebanganggan aku tu, aku telah ditomoi dek bapak aku sehingga aku cedera parah. Padan muka aku!! Dan dipendekkan cerita, aku pun terus insaf dan bertobat..Aku dah bertobat..!!

# Nota kaki ciksue : Jangan ngisap DADAH!!! Menyusahkan semua orang ajer!!

No comments: