23 April, 2010

TIPS BERKOMUNIKASI....

SUAMI & ISTERI

Kata orang tua-tua, SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA SUAMI ISTERI. Memang jarang sangat kita dengar pasangan suami isteri tak pernah bertengkar atau bergaduh sepanjang hidup bersama. Dan kebanyakan pertengkaran atau pergaduhan suami isteri yang tercetus bermula dari perbualan. Disini ada sedikit panduan komunikasi bagi menghindari pertengkaran atau pergaduhan suami isteri.

1. Jangan berbual ketika tubuh letih kerana kekurangan oksigen dalam tubuh boleh menyebabkan salah seorang takder angin sekaligus memang boleh naik angin..heheh

2. Isteri seharusnya sentiasa berpenampilan kemas kerana jika berkeadaan kusut masai akan menyebabkan suami bukan sahaja takde mood nak berbual, nak jeling pun rasa mual..

3. Cepat-cepat mengalah bila bercakap serentak dan jangan sesekali tak nak kalah bila bercakap, lebih-lebih lagi kalau buat salah.

4. Pastikan keselesaan dan keindahan di dalam rumah sentiasa nyaman kerana jika rumah macam sarang tikus memang tak selera nak bercakap pun..

5. Sampaikan mesej dengan jelas. Maksudnya kalau nak duit belanja dapur tak perlulah bermadah atau berpantun pantun panjang jela..huhu

6. Mintak penjelasan kalau tak faham. Tapi kalau tak faham jugak, buat-buatlah faham supaya tak timbul salah faham. Faham?

7. Selitkan lawak jenaka bila berbual tetapi jangan berbual sambil melawak terutama melibatkan perkara yang serius..

# Nota kaki ciksue : Sayangku Saiful Hasnan Saaibun ( wahh!! letak nama penuh lagi)..Semoga rumahtangga yang kita bina ini kekal bahagia hingga hujung nyawa & mendapat keredhaan-Nya dunia akhirat. Amin. Sayangggggggg Abah.......( ikut style cakap Hafiz & Amirul )hehehe

2 comments:

mancai said...

menari tips ni...

Ciksue?? said...

isu simple ajer..tapi yg simple tulah kalau tak jaga kadang jadi gaduh bagai..ko ingat tu mancai heheheh..peringat utk akak gak ni hehehe