Sebenarnya gua nak citer kat korang semua, pengalaman gua masa dedulu. Orang tua-tua kata, surau kampung gua, ada jin yang menjaganya. Semati-mati gua dan kawan-kawan percaya, walaupun sebenarnya kami dikencing oleh orang tua-tua tu. Untuk mendapatkan kepastian, kami bercadang untuk tido di surau pada malam Jumaat barulah ada feel. Mulanya tiada apa yang ganjil berlaku sehinggalah tiba-tiba..kami terdengar pintu surau macam dibuka orang. Berpeluh-peluh kami menanti. Dalam kesamaran kami nampak, jin tu tak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sahaja. Tiba-tiba.."Jenal, mari balik. Ada rumah ko tido dekat surau!"..Alamak bapak gua rupanya huhuhu...

# Nota kaki ciksue : Ayuh kita perbanyakkan amalan dan menjaga ibadat kita agar kubur kita nanti diterangi cahaya..Bukan cahaya dari lampu jalan atau spotlight yang dibikin sendiri yer..
No comments:
Post a Comment