06 April, 2010

Aku suker kerja aku..tetapi..

Majoriti sekarang nie wanita seperti aku nie punya kerjaya sendiri selain daripada kerjaya wajibnya yang di rumah nun.. Yerlakan..selain asben yang kerja, si isteri macam aku nie pun kerja gaks lah..dok KL nie kalau asben kerja ngan income bulanan LEBAT oklah kot kalau si isteri nak goyang kaki jer kat umah..konsentrate keje umah tangga ajerla..Aku nie yang sejak azalinya suka bekerja dan mempunyai komitment yang banyak sejak membujang lagi so kira unfairlah kalau aku tak kerja dan membiarkan asben aku tanggung semua komitment aku tu kan..so give and take lah..aku kerja nie at least aku leh bantu asben aku nambah pendapatan seisi rumah kami..Alhamdullillah rejeki tak pernah putus..walaupun kadang-kadang tu memang tersekat-sekat dan tersengguk-sengguk jugaklah..huhuhu...

Tak taulah orang lain..macam aku, aku sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk syarikat tempat aku bekerja nie..walaupun level gaji aku rasa tak sepadan dengan kerja, walaupun aku tak berapa nak setuju dengan perangai dan attitude bos aku tu, tapi aku bersyukur kerana dari dia aku banyak belajar tentang hidup nie walaupun aku rasa cam banyak mengumpat dia ajer hahahaha.. Anyway terima kasih bos..kalau bukan kerana bos tiap bulan takderla aku melarat anak beranak..leh tampung perbelanjaan harian sikit-sikit...leh bayaar duit bulanan keter, rumah, air, api mentenance..aduyai..banyak gak komitment nie..komitment lama pun tak abes...apa-apa pun alhamdullillah, aku rasa ada orang lain lagi yang nasib tak seindah aku ni..ada yang tak bekerja ada yang kerja buat "amal" ajer..sambil tiap bulan pun miss soru..walau macam mana pun aku ada anak-anak yang perlu aku sara dan aku kena bekerja..takkan nak lepas tanggungjawab pada asben aku ajer..sian asben aku tu kerja tengah-tengah panas..huhuhu

Penah aku dok sengsorang sambil congak-congak...Dari hari senin sampai jemaat..kerja aku..Bangun 5.30pg kadang terbabas gak ker 6.30pg huhu. Keluar umah kul 7.15pagi sampai opis dalam kul 8.00pg. Balik kerja dalam kul 6.00ptg sampai umah around 6.30ptg..brum brang brom brang ngan kerja-rumah yang tak abes-abes tu..tido kul 12.30pg..itulah rutin harian yang aku baru rasa membosankan bila ujung bulan yang tak tentu tarikh dan selalunya sampai termasuk bulan lagi satu baru merasa duit gaji hasil dari rutin kerja harian aku kat opis tu..Emm..10 tahun lebih yer cam tu..emmm..anak-anak makin membesar..perbelanjaan dan keperluan semakin tinggi tetapi gaji camtu ajer dan tak tinggi-tinggi..Aku kena mulakan dengan sesuatu..Aku pasti korang tak senasib dengan aku kerana aku tahu kawan-kawan aku terdiri daripada orang yang hebat dan lebat dari segi income nyer..tak giteww?? So tak adalah yang heiran kalau termiss 1 bulan gaji pun, gaji bulan lepas pun tak abes lagi..Alhamdullillah bagus2..korang memang hebat..kadang menimbulkan ke"jelous"san ku..Ada gak kawan-kawan aku kata aku nie cakap tak serupa bikin..tak susah mana, tapi kata susah...Susah sangat kerrr..!!! Kita kadang tak perlulah menunjukkan yang kita nie susah. Tak siapa yang nak ambil tahu pun kesusahan kita, dan aku pasti kalau kita senang semua orang nak amik tau..tak percaya aku kata ni?? Mulakanlah untuk mempercayainya kerana aku dah jumpa ramai orang yang sebegitu rupanya.

Dan sekarang ciksue nak berjinak2 intai peluang..
Nak mulakan peluang dengan Alkisahnya: nombor 50 dan 6..
Meh citer..Agak2 leh pakai ker..

No comments: