03 March, 2010

JAGA KESIHATAN: CONTOHI RASULLULLAH..

Mencontohi Nabi bukan secara serpihan tapi dalam segala aspek kehidupan kita. Antara cara hidup Nabi yang kita hendak lihat kali oni dalah cara hidup Nabi yang sihat. Baginda bersabda yang maksudnya "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu". Tetapi itu bukan bererti Baginda tidak mengetahui masalah duniawi. tidak bererti juga Nabi bebas daripada penyakit. Namun Nabi hanya pernah sakit yangboleh dibilang dengan jari.Yang lainnya, Nabi sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar. Berbeza dengan manusia kini, penuh dengan penyakit dan penderitaan. Walaupun bdan sihat tetapi hati mereka sangat berpenyakit.

Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan:

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH. Rasullullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapatkan limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN. Rasullullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. setiap Khamis atau Jumaat Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN. Sabda Rasullullah s.a.w: " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)," (Muttafaq Alaih. Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda. Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga yang lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI.Rasullullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan mesti letak betul-betul dihadapan tempat yang kita hendak pergi.

5. TIDAK PEMARAH. Nasihat Rasullullah s.a.w: "Jangan marah" diulang sampai 3 kali!! Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta'awwudz keran marah itu daripada syaitan, segera mangambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketegangan serta menghilangkan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA. Sikap optimis akan memberi kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu perbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRIHATI. Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semstinya kita perlu menjauhi daripada sifat irihati. " Ya allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."

8.PEMAAF. Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelengu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat.

# Nota kaki ciksue: Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi lebih kepada dengan apa yang kita beri. Banyak lagi cara hidup sihat Rasullullah. Semoga hati kita semakin dekat Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Perbanyakkan selawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad.

No comments: