27 January, 2010

citer pasal STRESS..huhuhuh.



( mengambil dari keratan majalah keluarga )
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yangmengalami stress itu terdiri daripada golongan yangbekerja..tapi tak bermakna golongan yang tak bekerja tak mengalamai stress..Stressnya mungkin berza-beza. Namun tak semualah yang menghadapi stress akan mengalamai kesan yang sama. Tindakbalas terhadap STRESS bergantung kepada personaliti individu itu sendiri..Emmm..( stress aku nak pikir benda nie huhuhu )

meh tengok TANDA-TANDA STRESS
Uii banyak bahagian2 STRESS boleh dibahagi rupanya. Iaitu Fizikal, Psikologi, Tingkah laku dan social..

TANDA FIZIKAL
[1] Mudah sakit kepala..
[2] Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh..emm
[3] Mudah berdebar2, sakit dado, sosak napeh cam iras2 sakit jantungla gitew..
[4] Kerap cirites (nama saintifik bagi cirit birit hehehe-aku yg bagila..suka2 aku bagi nama), kerap buang air dan mudah mendapat penyakit seperti Asma, sakit jantung (seram dengar), darah tinggi dan diabetes ..dengar nama penyakit2 nie ajer dah STRESS camna tu huhuhu..
[5] Penyakit Kulit dan Kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naiknya emosi... Penyakit Barah misalnya lebih cenderung mengalami STRESS..( haaa baca nie baru korang tau kaitan emosi pada diri dan STRESS )

TANDA PSIKOLOGI
[1] Hubungan antara suami isteri jiran2 dan rakan sekerja mudah sangat terjejas..
[2] Penyalah gunaan dan pengambilan dadah ( bahaya nie wey.. )
[3] Kemalangan..oo boleh jadi gak yer..rasa lebih kepada melanggar orang nie ..agak akulah..ater dah STRESS ( bahaya gak nie kengkawan..mintak simpang )
[4] Selalu ponteng kerja..( oo patutla dia selalu ponteng..STRESS rupanya hehehehe )
[5] Prestasi kerja dan produktiviti merosot..emm betui2
[6] Menghisap rokok secara berlebihan.. ( apalah kaitannya ngan STRESS..dapat penyakit lagi ada..STRESS aku ngan perokok2 nie huhuhu )
[7] malas dalam pelbagai aspek.. ( apa nak jadilah..aku pun STRESS gak nak tanya kat orang malas nie..)

KALAU STRESS JANGAN DOK DALAM KOTAK MACAM MINAH NIE!!! ( apa nak jadilah korang nie..meh kita cari cara bagaimana nak handle masalah STRESS yang tak abeh2 nie huhuhu ) antara yang disyorkan..

[1] SOKONGAN SOSIAL DARIPADA KELUARGA, RAKAN DAN JIRAN..
Penting ni..pasal apa aku kata penting..sebab orang2 diatas nilah yg berada disekitar kita dan of coz famililah yg rapat ngan kita..jaga perasaan masing2..jgn aci hentam ajer..orang tengah STRESS korang wat lagi STRESS.. tolong fahami..kalau kita STRESS camna.. orang tgh STRESS nie perlukan ketenangan.. jadi jangan buat huru hara.. mau kena langgar kang..hahahaha.. kalau rasa tengah berhadapan ngan orang STRESS bebawakla beredar..atau cakap ajer yg manis2..jgn dok tanya yg buat orang lagi STRESS..mengunkit itu ini ker..apa ker..memang menempah BAHAYA.. cuba kalau tak caya..hehehe

[2] MENGUBAH PERSEKITARAN, TINDAKBALAS DAN PERSEPSI..
Dalam keadaan STRESS seseorang itu mudah tersinggung dan terganggu..kadang benda sikit ajer dah jadi cam taufan..huhuhu..Wujudkan persekitaran yg selesa dan tenang..kalau rasa nak pegi pantai ke taman ke..pegi tempat2 yang tenang..tapi ada gak yg g sakan shopping hehehe STRESS nyer pasal.. amik ko zas sana zasssss sinik..ujung bulan STRESS nak bayor bil..aduhai..pilihla yg terbaik yer kengkawan..

[3] MENANAM TABIAT YANG DAPAT MENINGKAT RINTANGAN TERHADAP STRESS..
Amalkan cara hidup yang sihat, pemakanan pun kena jaga bagi seimbang. Mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja kita secara tenang.. Istigfar banyak2. Amalkan kemahiran komunikasi yang baik agar setiap pertuturan tidak mengundang masalah.

[4] AMBIL MASALAH YANG DIHADAPI SECARA POSITIP..
Semua manusia ada msalah. kecik besor sukar ajer bezanya. apa yang penting bagaimanakita menangani masalah..cari jalan penyelesaiannya..yang tak selesai2 nie yg jenuh tu..bertimbun2 haha..sekali keluar ambik ko..cam letusan lahar gunung berapi..bahaya memang bahaya..pikir positip.. anggap bahawa segala musibah atau masalah yang kita hadapai tu satu dugaan Tuhan untuk menghapus dosa2 kecik kita..Muhasabah diri, kaji dimana silapnya..Di sinilah nanti menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.. Mungkin kesedihan dan kesusahan yag kita hadapi didunia ini adalah kegembiraan kita di akhirat..

[5] MELUAHKAN PERASAAN DAN BERKONGSI MASALAH..
Luah la kawan2 perasaan anda dengan cara yang terbaik segala perasaan yang terbuku yang ada dalam benak pikiran kita. Wujudkan komunikasi terbuka dan mesraa alam dimana setiap ahli keluarga atau kawan2 kita mestilah bekerjasama untuk meneriama segala luahan perasaan dan juga mungkin memberi pendapat atau cadangan apa yang perlu dilakukan untuk membantu menyelesaikan atau melegakan STRESS tu...Kita bercakap..kita bercerita..tak buat macam ni sapa yang dok tau..jangan harap orang akan tau segala2nya secara sendirinya..Ingat tu..Sesapa ada msalah leh citer kat aku..Aku nie pendengar yang baik tau!! TRY ME..

[6] MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENGHILANGKAN STRESS..
Asyik kerja ajer..cuba plak berpesatuan atau cuba2 bergaul dan bercampur dengan masyarakat..buatlah aktiviti sihat cam jungle tracking ke..layan pesbok pun leh gak..suker..hehehe.. buat ajerla sesuatu yg kita suka..buat karipap ker..cokkeria ker..wat kek ker..bab2 kek nie aku suka lagi2 kek ceklat.. mesti ilang STRESS kita tu..lari sekejap dari benda2 yg leh buat kita STRESS..tapi seimbangkan la juga dengan rutin harian kita..jangan asyik nak lari ajer..larilah sekali sekala.. apa2 pun masalah yang buat kita STRESS tu kena diatasi gak..Ingat tu..Jangan sekali2 lari dari masalah..

# Nota kaki ciksue : Perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammamad s.a.w dan keluarganya. tak perlu keluar modal pun..bila2 boleh buat..even tgh menaip nie..cubalah buat..tentu korang akan suka impak dia..

2 comments:

mancai said...

salam singgah, huhuhu baru la tau ader blog ni... sib baik godek2... menarik info ni walaupun dari majalah tapi tak semua orang beli majalah ni kan...

ciksue said...

w/salam.. tak perasan ada komen kehkehkeh.. anyway tq sebab jenguk sini..orang ada blog..akak pun nak ber blog gak..hahah amik nie..walaupun ada info yang amik dari majalah..tapi jenuh taip tau hehehe