23 July, 2010

HAFIZUDDIN : PERTAMA KALI PEGI ROMBONGAN CIK KIAH NGAN RERAKAN KE PUSAT SAINS NEGARA..

Salam semua..
Lama gak tak bercerita kat blog nie..asyik cerita buat duit ajer..cerita bab jual2 barang untuk raya tudungla, patch la..memacam..Mengambil kesempatan nak gak ucap terima kasih buat yang menyokong Ciksue..Kerana korang buat Ciksue masih kuat ni..Semoga Allah ajer dapat balas buat baik dan perhatian korang tu.. Ehh banyak cakap plak ..tadi niat nak cerita pasal rombongan Cik Kiah yang Hafiz sertai.. Kecik2 lagi dah gi rombongan yer..Cik Sue dulu huhuhu usah harapla Abah Ciksue nak kasik..banyak sangat rasa risaunya dari sukanya hehehe...Rombongan pertama yang pernah Ciksue sertai masa Ciksue Tingkatan 2 ke 3 ke gitu.. Start dari berjayanya rombongan pertama itu dimana Ciksue berjaya pergi dan balik dengan selamatnya..barulah Abah bagi join rombongan2 yang lain.. Itu pun selepas jenuh gak memuncungkan mulut nie ( tanda protesla tu kalau tak bagi hahahaha )..Oh Abah ku, anakmu ini baru faham perasaaanmu saat itu, bilamana Hafiz membawa pulang "Notis Mohon Kebenaran" untuk menyertai rombongan tadikanya.

Ternyata sebagai seorang ibu, seribu satu persoalan, kerisauan sampai susah aku nak lena tido ni..memikio kan... Bukan apa risaula kan..tak pernah pun Hafiz keluar berjalan-jalan ngan orang lain selain ahli keluarganya. Berpuluh kali aku tanya cikgu dia..macam2 persoalan aku..cikgu2 tu semua pun aku tengok macam dah standby ajer ngan jawapan untuk semua soalan2 aku hehehe. Untuk tak menengecewakan, aku benarkanlah jugak..sekurang2nya dia boleh belajar berdikari tanpa kehadiran kami ibuabah dia nie...

Tarikh : 17.07.2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00am

Kat atas tulah tarikh keramat Hafiz melakar sejarah hidupnya - Pertama kali gi rombongan. Excitednya dia lebih2 lagi nak naik bas yang selalu dia mintak nak naik bas.. Aku pun bukan menyombong plak taknak naik bas, dulu sebelum ada keter macam2 jenis bas aku naik...Omni Bus tu? Transnasional? Bas Mini color pink tu? RapidKL tu? Bas Leng Seng? ( aku tak suka bas nie..bas busuk dan selalu buat pencemaran udara huhuhu..dan pernah aku tgk suka2 hati ajer drebar dia langgar motor..sib baik langgar motor takder pembocengnya kalau idak memanglaa....). yerla keter dah ada kenapa plak nak naik bas...lain kali lah kita gi naik bas..Bebila nanti kita berjalan2 naik bas yer..hehehe itu ajerla yg sentiasa aku bagitau dia.. dah ada rombongan plak ni, sampaila jugak hajat dia nak naik bas tu walaupun bukan dengan aku..hehehe.

Seawal jam 8pagi, aku dah hantar Hafiz..Fuhh!! ramai gak yg sudah sampai rupanya...riuh rendah cam ada Y.E.S plak kuikuikui... Aku daftarkan Hafiz, dan memacamlah cikgu dia buat..agihkan ke kumpulan, 1 kumpulan dalam 10 orang untuk dijaga oleh 2 orang cikgu/sesapa yg depa lantiklah untuk menjaga..Aku tgk sampai adik beradik sepupu sepapat cikgu2 tu semua diajak join..Yerla nak jaga bebudak kecik ni ingat senang ke..Aku yang kawal anak aku 2 orang tu pun, macam nak pitam aku dibuatnya..Tapi aku tengok rata2nya bebudak nie bila sama cikgu depa leh plak nak dengor cakap..Jerit sekali ajer dah diam dan tegak berdiri hehehe..Cuba aku wat camtu kat anak2 aku..Agak2 menjadi tak..hhuhuu..CONFIRM TAK!!! huhuhuhuhuhh. Tiap kumpulan tadi ni akan dipakai Band dipergelangan tangan mengikut warna kumpulan memasing..Itu cara utk kenal sapa cikgu dan kawan2 utk tiap kumpulan la tu...Bijak2..

Brombrang brommbrangg brommbrangg..Pukui 9.15am selepas baca doa selamat, barulah Hafiz selamat naik bas..Setengah jam lewat dari waktu yg dijadualkan.. Biasalahtu..Kita hanya merancangkan. Aku tak abes2 berdoa moga perjalanan mereka selamat. SELAMAT PERGI SELAMAT BALIK.."TATA HAFIZ, JAGA DIRI TAU!!"

Jam 2.00pm, aku gi amik Hafiz di tadikanya..seperti yang dijadualkanlah..Rupa2nya mereka sudah sampai seawal 12.30pm tadi..sempat lagi pelajar2 dijamu dengan set Happy Meal, McDonald sementara menunggu ibubapa masing2 mengambil mereka pulang. Sebelum pulang semua pelajar diberikan souviniour berupa set fail & alatulis Upin Ipin. Cantik!!..Sampaikan si Amirul pun menangis2 nak..eee suka tau si Amirul nie..semualah nak...tapi time tu ajerla pun..balik umah dah lain plak agenda dia hahaha... Sebelum bawa Hafiz pulang, aku berjumpa Cikgu Rose ( Tadika Comel Cemerlang Gemilang Terbilang - perkataan "Gemilang" dan "Terbilang" tu aku sesuka tambah sendiri hahaah, jgn marah Cikgu Rose!! ) bersalam dan memberi ucapan setinggi2 tahniah dan terima kasih kerana membawa dan menjaga Hafiz dgn baik sepanjang rombongan Cik Kiah tu... Betapa aku suker dan bersyukur sangat2 lah...!!!

Balik rumah..macam2 aku tanyakan si Hafiz..macammana ngan rombongan naik bas tu seronok tak? gi Pusat Sains Negara tu tengok apa? Apa ada kat sana..?? Tetapi yang dijawab hanya.."BEST NAIK BAS IBU, SERONOK!!"..Emmm.. yerla..Aku rasa keseronokan dan kepuasan dia menaiki bas tu lagi seronok dari melihat apa yang ada di Pusat Sains Negara tu..hehehe. Tercapai gak hasrat dia..!! Ibu sayang Hafiz..sayang sangat2!! Muaahhhhhhhh..!!

No comments: