10 February, 2010

1 kajian : 7 TABIAT ORANG BERJAYA..mehh kita kaji plak..

1. Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

ANDA INGIN BERJAYA???
ANDA SENDIRI YANG TENTUKAN...






# Nota kaki ciksue : Sentiasa mendoakan moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga apa yang kita usahakan untuk BERJAYA ini diberkati dan dipermudahkan olehNYA. Insyaallah..

1 comment:

mancai said...

waduh... sungguh panjang dan lebar...tq2