19 February, 2010

Surat Cabaran & Malam Pergaduhanku..

Woitt!!! Aku tak puas hati ngan kau!! Aku nak repeat balik... Minggu lepas aku kalah sebab kau main pukul curik. Aku tunggu tempat ari tuh!! Kalau kau tak datang, bermakna aku menang..hahahaha...Begitulah antara isi surat cabaran gaduh dari musuh seteru aku yang perasan gagah lagi macho.
"Ciss! Dulu dah kalah, cukuplah!! Ini nak repeat plak. Tapi takper, dia ingat aku takut?." Pagi selepas kedatangan surat cabaran itu, aku mula mengumpul ahli kumpulan aku untuk membincangkan strategi untuk kalahkan mangkuk ayun tuh..

"Aku nak korang kasi cadangan camna nak kalahkan mangkuk ayun tuh.!!" kataku selaku ketua.
"Kita ambush team dia bos!" Cadangan pertama.
"Kita guna senjata nuklear!" Cadangan merepek kedua.
"Bos, kita lawan face to face. Bos lawan ketua dia, kitaorang balun konco-konconya." Cadangan dari salah seorang ahli kumpulanku yang terkuat.

Malam yang suram itu tetiba menjadi bising dan huru-hara apabila bermulanya pergaduhan. Semuanya saling memukul, saling melempang dan saling menstunner musuh masing-masing. Akhirnya musuh berjaya dikalahkan. Semua ahli kumpulanku bersorak macam orang sakit jiwa serta terlompat-lompat dan tetiba.. semua jatuh ke tanah kesakitan.

"Woit badigol!! Kita kan ada kat atas siling. Yang korang terlompat-lompat tuh kenapa? Kan ke dah jatuh! Tak sedar diri punya cicak!" Kataku selaku ketua cicak paling gagah dan busuk.

# Nota kaki ciksue: Bila dah start merapu..inilah jadinya..huhuhu

No comments: