
yerr ker? meh kongsi info..
Badan sentiasa terlibat dengan dehidrasi. Contohnya melalui pernafasan atau perpeluhan sebagai tindakan untuk membuang toksin dalam badan. Sewaktu dehidrasi, darah dalam badan akan menjadi lebih pekat kerana kekurangan air. Oleh itu badan terpaksa bekerja lebih kuat untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar.
Ini menyebabkan otak akan cepat penat berikutan kekurangan oksigen yang telah digunakan untuk mengepam darah yang likat. Punca kekurangan air inilah yang membuat minda kurang konsentrasi dan badan berasa lesu. Simptom dehidrasi lain termasuklah kulit kering, kejang otot, urin berwarna kuning pekat dan berbau.
Jadi penawar kepada segala keletihan..minumlah lebih AIR...nguk! nguk!nguk!!
"AIR UNTUK CANTIK DAN SIHAT"
Seorang pakar kesihatan dalam karyanya yang bertajuk "Your Body's May Cries for Water" berpendapat, apabila seseorang berasa lapar, badan sebanarnya memerlukan air BUKAN makanan!!..OOoo yer ker.. Air boleh ditemui di dalam buah-buahan seperti timun dan tembikai. Susu dan jus juga sesuai untuk mengatasi rasa lapar di luar waktu makan. Mengikut katanya lagi, apabila badan terhidrasi, sel lemak sukar "dimamah" metabolisme dan menjadikan berat tidak juga berkurangan. Air juga membantu membina otot. Jika badan mengalami dehidrasi, ia tidak akan produktif sewaktu menurunkan berat.
" JIKA ANDA BERASA TEKAK YANG DAHAGAKAN AIR ADALAH SESUATU TANDA BAHAWA BADAN ANDA MEMERLUKAN CECAIR H2O TERSEBUT, ANDA MEMANG SILAP!!"..dulu pun aku ingat camni..aku silap rupanya huhuhuhuhu..
Bibir yang kering cukup membuktikan bahawa badan anda mengalami dehidrasi walaupun pada ketika itu anda tidak berasa dahaga.

8 GELAS AIR SEHARI!???
Gambar sebelah nie hanya ilustrasi ajer..korang jgn sekali-kali menadah gelas dan togok air camtu ajer kat rumah yer.. sebab air kat umah kita tu tidak "sejernih" yang kita sangka- tengok post aku sebelum-sebelum nie..
Kita sering mendengar ungkapan SEHARI = 8 GELAS AIR. Cukupkah 8 gelas sehari untuk keperluan badan kita? Sesetengah pakar diet mencadangkan jumlah AIR yang mencukupi untuk badan ialah 1/3 daripada berat badan dalam paun ( 1paun = 0.45kg ). Dan ia adalah berbeza mengikut anatomi ( struktur tubuh ) individu masing-masing. Tapi ingat 8 gelas tu tak termasuk air berperisa tau..termasuklah RGC ku hehehehe..
TIP MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
8 gelas air sehari memang sukar dipenuhi bagi individu yang tidak gemar minum. Bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk membantu anda mencapai matlamat ini..
1. Isi satu jag air dan sentiasa letakkan berdekatan anda. Sasarkan masa untuk anda habiskan.
2. Tambahkan kepingan lemon di dalam air untuk mendapatkan rasa yang segar. Cubalah memang segar!!
3. Isi air di dalam botol bagi memudahkan anda minum. Ia juga memudahkan anda kerana tanpa sedar, rutin 8 gelas air dapat dipenuhi tanpa tekanan.
Mudah..Mudah..
No comments:
Post a Comment