05 February, 2010

CIRI-CIRI MANUSIA YANG ALLAH SAYANGI...

Suatu petang selepas menunaikan solat Asar, seorang lelaki yang tidak dikenali telah berjumpa dengan Rasullullah s.a.w. Memandang pada raut wajahnya kelihatan beliau datang dari satu tempat yang agak jauh. Melalui reaksinya seperti terdapat sesuatu perkara yang amat penting yang perlu diselesaikan segera.

Setelah berada dihadapan Rasullullah s.a.w, lelaki itu tanpa bertanya khabar terus berkata kepada baginda:
" Saya berjalan jauh selama sembilan hari sembilan malam tanpa tidur. Saya telah memaksa unta supaya berlari lebih laju agar saya dapat sampai lebih awal."

Walaupun terkejut dengan kemunculan lelaki tersebut, Rasullullah tetap menyambutnya dengan ramah. Baginda kemudian mempersilakan lelaki itu duduk disebelahnya. Namun begitu, lelaki itu masih berdiri dan menyambung:
"Semua itu saya lakukan untuk bertanyakan dua perkara kepadamu."
"Ya silakan bertanya." kata Rasullullah s.a.w
"Pertama, katakan kepada saya apakah ciri manusia yang ALLAH sukai. Kedua, apakah ciri-ciri manusia yang ALLAH benci?" soal lelaki itu

Para sahabat Rasullullah berpandangan sesama sendiri."Betul juga, apakah jawapannya?" fikir mereka. Selama ini mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk bertanyakan soalan-soalan sedemikian. Rasullullah hanya menggangguk-angguk kepalanya kemudian mengajukan pertanyaan pula kepada lelaki itu.

"Bolehkah kamu ceritakan kepada saya, bagaimanakah perasaanmu ketika bangun dari tidur?"

"Setiap pagi ketika saya bangun, saya akan terfikir untuk membuat kebaikan. Saya juga sangat rindu untuk bertemu dengan orang yang mudah membuat kebaikan. Apabila saya membuat kebaikan, saya hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, bukannya balasan daripada manusia."

No comments: