04 February, 2010

misteri : KUBURNYA DIGALI SEMULA..

tajuk cam seram cipan jerkan..kan.. meh aku SERAMKAN lagi..aku nak kongsi cerita yang aku baca dalam satu majalah yang aku jumpa semalam masa kemas-kemas barang bawah katil..buat iktibar kita semua..ceritanya gini..( ada tambah-tambah sikit ajinomoto penyedap rasa hehehe )

Jenazah Latifah yang mati dibunuh itu diusung ke tanah perkuburan oleh orang-orang kampung. Sewaktu jenazah tersebut hendak dikebumikan hujan turun mencurah-curah dengan tiba-tiba..Petir dan guruh berdentum dilangit. Maka segala kerja terpaksa dilaksanakan dengan pantas kerana semakin lama hujan semakin lebat.

Malam itu Derus tak dapat melelapkan matanya. Nak duduk salah, berdiri pun salah. Akhirnya Derus nekad. Tepat pukul 12 tengah malam. Derus mengambil beberapa peralatannya dan terus menuju ker kawasan perkuburan. Sasarannya hanya satu kubur LATIPAH!!!

Di kuburan LATIPAH dengan tenang. Derus menyalakan lampu pelitanya dan dia pun memulakan kerja menggali semuala kubur tersebut. Peluh dingin tak henti-henti mengalir dari bdannya. Namun Derus masih lagi dengan tekadnya. Dia menguatkan semnagatnya dan terus menggali kubur LATIPAH yang masih baru itu.

KUK!! mata cangkul Derus mengena sesuatu. Derus tahu dia sudah hampir sangat dengan mayat LATIPAH. Derus harus terus lebih berhati-hati. Separuh dari usahanya kini telah berjaya.

Derus melompat naik ke atas semula untuk berehat seketika. Sejurus kemudian dia melompat kembali ke dalam kubur sambil di tangan kanannya memegang kemas sebatang lilin yang sudah sedia terpasang. Derus meninjau-ninjau keadaan di sekitar tempat jenazah LATIPAH disemadikan sambil sekali sekala tangannya menguis-nguis tanah disekitar tempat persemadian tersebut. Derus mula mendengus dengan penuh rasa tak puas hati sambil matanya masih lagi liar mencari sesuatu.

Dengan tiba-tiba, suasana dikawasan perkuburan itu menjadi riuh rendah. Berpuluh-puluh cahaya lampu suluh menyuluh ke arah muka Derus yang masih lagi berada di dalam kubur LATIPAH. Derus tersentak!!

"Ooo.. ini rupanya kerja kau Derus! Engkau dah takde kerja lain ker hah!!? kata Tok Keua terus menyergah dengan marahnya.
"Tapi tok..tapi..."
"Takde tapi-tapi!! Engkau naik sekarang jugak!! Naik aku kata!!" Tok Penghulu memang betul-betul marah. Semua yang berada di situ pun tidak berani nak bersuara, malah ada antara mereka yang terpaksa menahan kentut kerana terlalu takut pada Tok Penghulu yang sangat marah itu..hehehe.. Dengan perlahan-lahan Derus melompat naik ke atas kubur.

"Tapi tok...saya cuma..cuma nak cari.."
"Cari apa?!!! Cari minyak dagu hah?!! Carik apa?!! Carik apa ni hahhhk?!! Tok Penghulu terus menumbuk lutut Derus sehingga menyebabkan Derus terpelanting. Tak cukup dengan itu, Tok Penghulu terus menampar Derus sekuat hati sehingga menyebabkan mulut Derus berdarah.

"Tok Penghulu.. tok..cuba lihat benda tu!!" Tiba-tiba suara Lokman-samseng kampung mencelah sambil tangannya menyuluh ke arah satu benda yang terdapat di dalam kubur LATIPAH. Lokman terus melompat kedalam kubur dan mengambil barang tersebut yang kelihatan separuh tertanam berhampiran dengan jenazah LATIPAH. Lokman segera menyerahkan benda tersebut kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu tergamam seketika.

"Eerrr.. ini ke benda yang kau cari tu Derus?" Tanya Tok Penghulu lembut kepada Derus yang hampir-hampir cedera parah setelah dibelasah tadi.

"Iyer tok.. Itu...dompet saya. Duit saya semua ada kat dalam tu, kalau saya tak ambik balik macamamana saya nak beli susu untuk anak saya kat rumah tu" Jawab Derus dengan nada yang lemah.

Oleh kerana merasa amat malu dengan tindakannya yang tanpa usul periksa itu, Tok Penghulu akhirnya telah meletak jawatannya sebagai Tok Penghulu dan kemudian beliau telah memohon pula jawatan sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang membuat selipar Jepun..hehehehee

#Nota kaki ciksue : hahahaha Moral of the story..Jangan selalu buruk sangka dengan orang. Tak baik..!!

No comments: