22 February, 2010

UNTUK JADI INSAN YANG CEMERLANG...


PERLU MEMILIKI DAN MENGHAYATI PRINSIP-PRINSIP SEPERTI INI:


1. Sentiasa membentuk label atau nilai POSITIF dalam minda.
2. Sentiasa berubah secara POSITIF setiap hari. Oleh kerana itu lakukan yg terbaik hari ini supaya lebih baik dari semalam dan bersedia untuk lakukan esok hari lebih baik dari hari ini.
3. Sentiasa mengeluarkan potensi dari dalam diri sendiri. Kita adalah kejadian yang sangat sempurna. Justeru itu terlalu banyak potensi di dalam diri kita. Kehebatan ini adalah modal penting untuk hasil yang hebat.
4. Sentiasa menggunakan potensi minda secara optima.
5. Sentiasa jadikan rintangan sebagai batu loncatan untuk berjaya, bukan sebagai batu penghalang.
6. Sentiasa merenung setiap tindakan.
7. Tidak lari dari masalah dan sentiasa menganggap atau merasakan masalahnya lebih kecil dari masalah orang lain.
8. Sentiasa memberi tumpuan kepada tugas dengan komitment yang tinggi.
9. Sentiasa kreatif.
10. Sentiasa menunjukkan bakat dan kehebatan.
11. Sentiasa belajar dari kesilapan dan kejatuhan.
12. Sentiasa membentuk imej diri yang positif.
13. Tidak bertangguh.
14. Memaafkan orang lain dan meminta maaf dari orang lain.
15. Sentiasa melihat cahaya bukan bayang-bayang
16. Sentiasa muhasabah diri.
17. Sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki diri.
18. Tidak menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi ke atas diri.
19. Bertindak di dalam satu jemaah.
20. Sentiasa yakin dan berani.
21. Sentiasa sabar dan tabah menghadapi apa saja dugaan.
22. Tidak pernah putus asa.
23. Sentiasa berdoa dan bertawakkal.

# Nota kaki ciksue: Dalam 23 yang disenarai..berapa yang ada dalam diri korang..dalam diri aku...emmmm..

No comments: