
1. Belajar menyukai keadaan dimana anda sebenarnya berasa tidak selesa. Jika ada sesuatu yang mengganggu, biasakan untuk tidak "melarikan diri". HADAPILAH!! Melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah. Buang fikiran "SAYA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK...." Adalah wajar jika setiap orang pernah melakukan kesilapan.
2. Gunalah orang lain samada ibubapa, tokoh politik atau sesiapa sahaja yang anda kagumi sebagai "contoh" anda. Paculah diri anda untuk mencapai apa yang mereka telah capai. Walaupun tidak semudah dikata, tetapi ini akan membantu anda menuju satu titik yang jelas dalam menambahkan KUALITI DIRI.
3. Bergabunglah dengan "short course" atau seminar dalam bidang yang belum pernah anda kuasai sama sekali. Kerana semakin banyaknya ilmu, wawasan dan pengetahuan yang anda miliki, rasa percaya diri anda akan bertambah dan ini amat penting dimiliki oleh seorang ketua atau pemimpin.
4. Belajar menghadapi orang ramai dan tampil di depan umum sesering mungkin. Ini merupakan sejenis terapi tersendiri untuk anda, untuk menghalau rasa kekok yang kerap muncul ketika bercakap dan berhadapan di khalayak ramai.
5. Lakukan pekerjaan anda secara serius, tetapi jangan jadikan diri anda sebagai orang yang serius. Bukalah diri, jadikan setiap teguran, kritikan, nasihat daripada setiap orang lain sebagai pengajaran untuk anda.
6. Jadilah orang bawahan anda sebagai rakan anda juga. Bersikaplah sedemikian rupa agar mereka tetap berasa selesa dengan anda.

No comments:
Post a Comment